Monday, December 17, 2007

Sejarah Terlak Empat (ii)

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Silat Terlak Empat adalah nama sejenis silat. Bentuk silat ini telah dibawa ke Kelantan oleh Abu Tamam bin Indera Muda dari Kampung Terlak, Minangkabau, Sumatera Barat. Allahyarham berhijrah dari negara asal ke Brunei dan berakhir di Kg Laut / Sg. Pinang, Kelantan. Allahyarham meninggalkan 2 orang anak di Kelantan:
a. Allahyarham Alimuda bin Abu Tamam / Isteri: Allahyarhamah Salbiah bte Hj. Akib (meninggal di Kota Bharu), dan;
b. Pn Hasnah bte Abu Tamam, yang kini berada di Trengganu.

Beliau telah menurunkan silat ini kepada Harun bin Daud yang berasal dari Kampung Puteh, Kelantan. Harun telah mewariskan silat ini kepada Haji Ismail bin Yusof yang dikenali sebagai Pak Mail Ayer Lanas dan Mohamad Yusof yang dikenali sebagai Pak Mat Ayer Puteh.

Silat ini kemudiannya dipimpin oleh Mohd Noor bin Mahmood atau lebih dikenali sebagai Pak Su Noor. Perguruan silat ini telah didaftarkan pada tahun 1977 dan diberi nama Pertubuhan Seni Silat Terlak Empat sempena nama kampung Pendekar Abu Tamam.

Diperolehi daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Silat_Terlak_Empat"

6 comments:

Kisah Misteri said...

Alhamdulillaah

Saya bersyukur ke hadhirat Allah SWT kerana akhirnya bertemu kembali dengan Seni Silat Terlak 4.

Sebenarnya Silat Terlak 4 adalah warisan/pesanan/wasiat keluarga saya daripada moyang saya Datuk Perdana Nik Mahmud - untuk anak cucu beliau mempelajarinya. (terdapat 2 lagi perguruan yang dipesan olehnya tetapi salah satunya adalah Terlak 4)

Pada peringkat awal, saya sempat mempelajari dengan Encik Nik Ismail (Gelaran : Nik Wel Burong atau Nik Wel Orang Kanan Datuk Perdana) di penghujung akhir hayatnya kira-kira 120 tahun usia dan akhirnya setelah bersusah payah mencari pewaris asal, menerusi Pak Su Lah Teluk Arjuna - Kuala Besar, Kelantan, akhirnya saya dengan dengan Pak Mat (Encik Mohamad)dipertemukan di Bunut Payong.

Yang paling hampir dengan 'badge' saya (menerusi Pak Mat) ialah Abdullah (1987)

Saya hanya mengenali nama dan kisah Pak Su Nor (Mat Noor Rakit) menerusi Pak Mat tetapi tidak pernah sempat bertemu dengannya.

Ini kerana perguruan saya dengan Pak Mat lebih bersifat peribadi dan atas dasar warisan kekeluargaan dan masa/tempohnya agak singkat kerana asasnya telah saya pelajari.

Untuk pengetahuan semua, keturunan asal Guru Abu Tamam bin Indera Muda, masih ada di Malaysia (di Kelantan Darul Naim) cuma beliau bersifat agak 'low profile'. Saya akan cuba menghubungi beliau dan semoga beliau sudi untuk berhubung dengan saudara semua.

Jika sempat, saya juga akan bersama dengannya tetapi bukanlah untuk demonstrasi bersilat (kami pun dah tak berapa pandai lagi) cuma sekadar merapatkan kembali hubungan yang putus sekian lama.

Wassalaam

Anonymous said...

Assalaamualaikum semua....

Untuk makluman, arwah Abutamam B Enderamuda meninggal dalam tahun 1945 di Kampung Laut / Sungei Pinang Kelantan.

Salam

Anonymous said...

Terima kasih tuan anonymous atas maklumat tuan....

Unknown said...

Adakah silat ini sama seperti silat teralak tunggal?

Anonymous said...

Al fatihah buat arwah Atuk saya danDatuk sedara saya. Nama sebenar Datuk saya Mamat bin Jusoh, bukannya Mohammad.

Anonymous said...

Alfatihah kpd arwah moyang sy…sy salah sorg cicit beliau…