Monday, December 17, 2007

SALASILAH SENI SILAT TERLAK EMPAT DI MALAYSIA

Silat ini berasal dari sebuah kampung di Minangkabau yang bernama TERLAK di Sumatera Barat. Silat ini di bawa masuk ke negeri Cik Siti Wan Kembang (Kelantan) pada tahun 1920-an oleh Allahyarham bapa Abu Tamam.

Pada waktu itu ramai para pentadbir tanah di Kelantan berasal dari Sumatera Barat dan mereka terdiri daripada penuntut-penuntut silat yang dikagumi pada masa itu.

Setelah silat ini diperturunkan kepada Allahyarham Encik Harun bin Daud (En. Harun Store Keeper), ianya telah berkembang dan mula diminati oleh orang-orang ternama Negeri Kelantan pada masa itu seperti Dato’ Perdana Paduka Raja Kelantan Nik Mahmud, dan termasuklah Allahyarham Mufti Hj. Muhammad Noor b. Hj. Ibrahim dan lain-lainnya.

Semasa dipimpin oleh dua pendekar bersaudara iaitu Encik Ismail Yusoff dan Encik Mohammad Yusoff, silat ini mula mendapat tempat yang luas di kalangan masyarakat di negeri ini sehingga berjaya mengumpul keahlian yang ramai.

Pertubuhan ini telah didaftarkan secara rasmi pada 8 Mei 1977 dengan keahlian berdaftar pada masa itu cuma 30 orang sahaja, tetapi sekarang di bawah Pak Guru Hj. Mohd Noor bin Mahmood PSPPN (PakSu Noor), Silat Terlak Empat telah jauh berkembang dan kini mempunyai keahlian menjangkau 10000 orang yang melibatkan tiga buah negeri di Malaysia iaitu Kelantan, Pahang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Selangor. Minat masyarakat terhadap silat ini bertambah dengan kejayaan beberapa ahli pertubuhan ini dalam silat olahraga di peringkat Negeri, Kebangsaan, Asean dan Dunia. Tambahan pula, dengan pemilihan PakSu Noor sebagai Ketua Jurulatih Silat Olahraga Malaysia (1987-1997) dengan memperkenalkan pelbagai konsep tempur yang terbaru khususnya kombinasi teknik dan kudrat (kekuatan) menghangatkan lagi dunia persilatan di Malaysia.

30 comments:

Kisah Misteri said...

Alhamdulillaah

Saya bersyukur ke hadhirat Allah SWT kerana akhirnya bertemu kembali dengan Seni Silat Terlak 4.

Sebenarnya Silat Terlak 4 adalah warisan/pesanan/wasiat keluarga saya daripada moyang saya Datuk Perdana Nik Mahmud - untuk anak cucu beliau mempelajarinya. (terdapat 2 lagi perguruan yang dipesan olehnya tetapi salah satunya adalah Terlak 4)

Pada peringkat awal, saya sempat mempelajari dengan Encik Nik Ismail (Gelaran : Nik Wel Burong atau Nik Wel Orang Kanan Datuk Perdana) di penghujung akhir hayatnya kira-kira 120 tahun usia dan akhirnya setelah bersusah payah mencari pewaris asal, menerusi Pak Su Lah Teluk Arjuna - Kuala Besar, Kelantan, akhirnya saya dengan dengan Pak Mat (Encik Mohamad)dipertemukan di Bunut Payong.

Yang paling hampir dengan 'badge' saya (menerusi Pak Mat) ialah Abdullah (1987)

Saya hanya mengenali nama dan kisah Pak Su Nor (Mat Noor Rakit) menerusi Pak Mat tetapi tidak pernah sempat bertemu dengannya.

Ini kerana perguruan saya dengan Pak Mat lebih bersifat peribadi dan atas dasar warisan kekeluargaan dan masa/tempohnya agak singkat kerana asasnya telah saya pelajari.

Untuk pengetahuan semua, keturunan asal Guru Abu Tamam bin Indera Muda, masih ada di Malaysia (di Kelantan Darul Naim) cuma beliau bersifat agak 'low profile'. Saya akan cuba menghubungi beliau dan semoga beliau sudi untuk berhubung dengan saudara semua.

Jika sempat, saya juga akan bersama dengannya tetapi bukanlah untuk demonstrasi bersilat (kami pun dah tak berapa pandai lagi) cuma sekadar merapatkan kembali hubungan yang putus sekian lama.

Wassalaam

TeRaLaK_4 said...

Alhamdulillah, nampaknya dengan wujudnya blog Terlak 4 ini dapat menghubungkan "keluarga" besar Terlak 4 khususnya, daripada "orang-orang lama", "ahli-ahli keluarga guru dan penuntut" dan penuntut itu sendiri. Sebenarnya, sudah lama saya (admin) melalui sahabat saya JourDein (Tendong) untuk menghasilkan web untuk Pertubuhan Seni Silat Terlak 4...namun disebabkan beberapa halangan ianya tidak dapat di realisasikan lagi. Jadi, saya mengambil inisiatif untuk memaparkan seba sedikit maklumat Terlak 4 ini melalui blog buat masa sekarang.

Kepada Pak Nik, anak cucu cicit Dato Perdana memang mengetahui langkah/tapak silat Terlak 4 ini...paling kurang mereka tahu bercerita tentang "Jaga 4 jerung 4 tapang". Dalam terlak 4 ilmu "tapak" sangat dititikberatkan, mendalam, berahsia.

Insya-Allah saya akan sampaikan kepada Paksu Noor apa yang Pak Nik hasratkan...ianya hasrat bersama sebenarnya. Salah seorang cucu atau cicit (saya kurang pasti) Bapak Abu Tamam dari Terengganu baru sahaja pulang ke rahmatullah.

Saya tutup dengan coretan guru saya Shairudin Mohamad Noor yang di ambil dari Kitab beliau "Silibus Terlak 4"

Hidup Seni Pusaka Bangsa
Cintakan seni Sayangkan Bangsa
Keteguhan Seni Kekutan Bangsa

Salam ukhuwwah.

Kisah Misteri said...

Salam ukhuwah diterima atas dasar silaturrahim sesama Islam tanpa batasan keturunan, bangsa dan warna kulit.

Secara ikhlas saya nyatakan serba-sedikit latarbelakang Seni Silat Terlak 4 yang saya pelajari bermula pada tahun 1980 pada usia 14 tahun.

Semasa itu ada seorang saudara saya (wallahua'alam masih hidup atau telah meninggal) yang memperkenalkan saya kepada Terlak 4. Inilah pembimbing saya yang pertama. Pengajarannya lebih kepada cara tapak asas (4), gelek, menepis,membalas,muslihat,buah tumpang, nadi/urat, dsb. berkonsepkan "2 dalam 1".Saya belajar darinya hanyalah setahun sahaja.

Pada tahun 1986, saya telah ditemukan dengan dua orang guru silat (kedua-duanya telah meninggal) terkenal pada waktu itu iaitu Allahyarham Cikgu Awang Kampung Surau Salor dan Allahyarham Pak Su Lah, Kuala Besar - kedua-duanya di Negeri Kelantan.

Dalam masa yang sama, saya juga telah bertemu dengan Allahyarham Pak Nik Wel yang tatkala itu telah pun berusia lebih 100 tahun dan tinggal di belakang sekolah Naim Kota Bharu.

Beliau saya anggap sebagai guru Terlak 4 saya walaupun beliau tidak mengajar lagi, namun, beliau sering meminta saya untuk merujuk kepada satu kitab silat terlak 4 dan mendemonstrasikan di depannya untuk diperbetulkan.

Beliau pernah cuba memberikan kitab berkenaan kepada saya, namun saya terpaksa menolaknya atas sebab-sebab peribadi yang telah pun saya jelaskan kepadanya.

Pendekkan ceritanya. Pak Su Lah telah mengesyorkan saya bertemu seorang yang dipanggil Pak Mat dari Bunut Payong. (jika tidak silap saya di Samasa Batik)

Sebelum saya meneruskan cerita, ada satu berita yang telah saya dengar samada benar atau pun tidak, tidak dapatlah saya pastikan...katanya Pak Mat dah kembali ke Rahmatullah, betul ke?

Kali pertama saya bertemu Pak Mat menerusi seorang muridnya, saya terperanjat malah kagum apabila Pak Mat selamba menyebut nama saya begitu jelas sekali dan saya agak kehairanan

(samalah juga dengan Allahyarham Pak Su Lah dan Cikgu Awang-boleh menyebut nama saya dengan jelas) - hebat sekali insan-insan ini yang dikurniakan Allah S.W.T. satu pengetahuan yang agak luar biasa.

Apa yang saya pelajari dari Pak Mat terlalu sangat berbeza dari saudara saya dan juga Arwah Nik Wel.

Pak Mat seolah-olah tidak mahu mengizinkan saya masuk ke gelanggang sebaliknya menegaskan kepada saya agar cukup sekadar berlatih tapak 4 sahaja.

Saya tidak pernah pula mendengar Jaga 4 Jerung 4 Tapang dan juga motto dari Guru Shairuddin. Mungkin juga kerana saya ni bukanlah murid Pak Mat 'secara rasmi'.

Setiap kali saya berkunjung ke rumah Pak Mat, dia sekadar lebih menekankan soal agama dan rasional di sebalik tapak 4 seperti yang saudara telah tuliskan di sini sesetengahnya.

Walaubagaimanapun, adab guru dan murid perlu dijaga. Maka berlatihlah saya tapak asas 4 itu sahaja semata-mata.

Pak Mat sering berpesan 2 perkara kepada saya yang saya tidak pasti saudara atau lain-lain pesilat terlak 4 mengetahuinya.

a. Seseorang yang mempelajari terlak 4 akan sampai waktunya dia akan seolah-olah lupa kepada tari, tapak, gelek dan lain-lain. Dengan kata lain, belajar sehingga 'tidak pandai bersilat lagi'. Apabila tahap ini tiba, murid perlu lebih banyak bertawakkal/penyerahan bulat kepada Allah S.W.T. berkonsepkan "Tidak bergerak segala sesuatu kecuali seizinNya"

b. Tanda penamat dengannya adalah satu cara yang agak 'mistik' sedikit. Maaf tidak dapatlah saya menceritakannya lagi.

Pendekkan lagi cerita, saya telah mendapat tanda penamat berkenaan tanpa saya ketahui. Apabila saya memaklumkan kepada Pak Mat, beliau berkata :

"Tamatlah pengajian Nik dengan ambo"

Saya sangat terperanjat dengan kata-katanya itu. Terasa sungguh sedih hati saya namun terpaksa ikutkan jua. Dengan berbekalkan beberapa 'barangan perlimau/penamat', akhirnya saya telah 'ditamatkan' pengajian saya.

Apa yang lebih memeranjatkan saya, selepas daripada itu, saya telah lupa tari, buah pukulan, buah tumpang, muslihat dll kecuali tapak 4 sahaja yang masih terlekat di hati saya. Itulah sebabnya saya menyatakan bahawa 'saya sudah tidak pandai lagi bersilat'. Saya serius mengenai perkara ini.

Kini saya sedar apakah sebenarnya hikmah pertemuan antara saya dengan Pak Mat. Tetapi sekali lagi saya terpaksa merahsiakannya. InsyaAllah, jika ada rezeki dan diberikan HidayahNya, akan saya cuba bukakan sedikit demi sedikit.

Jadi rasanya, tidak ada apa kisah dan demonstrasi silat terlak 4 yang menarik boleh saya paparkan walaupun saya bertemu dengan Pak Su Noor sekalipun.

Namun, saya sangat menghargai niat tuan itu tetapi biarlah perkara ini terjadi dengan sendirinya dengan izinNya.

Mungkin jika saudara menceritakan kisah saya ini kepadanya, saya yakin dia akan faham kenapa kerana dia juga dikatakan oleh Pak Mat pernah mengalami sebahagian dari perkara-perkara yang saya lalui ini.

Tujuan saya memaparkan sekelumit kisah ini ialah untuk memberikan semangat kepada pesilat-pesilat Terlak 4 (tak apalah, termasuklah mereka yang berada dalam 'selangkah gerak'...bolehlah kita katakan saudara kita juga walaupun ramai yang mungkin tak setuju dengan saya)

Maaflah juga kalau terpanjang sedikit komen - dah jadi identiti keturunan Datuk Perdana yang suka mengarang ni..

Mengenai anak cucu Bapak Guru Abu Tamam yang meninggal tu - namanya Hasnah iaitu anak perempuan kepada Bapak Abu Tamam b Indera Muda. (Al-Fatihah)

Wassalaamu'alaikum wbr.

Anonymous said...

Assalaamualaikum semua,

Nama penuh allahyarhama ialah:
Hasnah @ Saanan bt Abutamam [Ajil, Ulu Trengganu]. Selain dari allahyarhamah, ada 3 lagi anak arwah Abutamam.

Salam

Anonymous said...

Terima kasih kepada Pok Nik dan saudara anonymous....maklumat-maklumat sebegini amat dialu-alukan. Buat seminggu lepas moderator x sempat nak munulis-tulis dalam blog ni dek terpaksa berulang-alik KL-Kelate. Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Hasnah@saanan bt Abutamam.

Anonymous said...

Assalaamualaikum Pok Nik & Teralak_4

Setahu saya, nama penuh Allahyarham Abutamam ialah:

Abutamam Bin Enderamuda [ejaan lama = Indera Muda selalu kita jumpa]

Salam.

TeRaLaK_4 said...

Dulu-dulu moderator dengar nama beliau ialah Abutamim bin Indera Muda dengan prefix "Bapak"....kemudian moderator ada terjumpa dalam satu forum internet dari salah seorang forumer yang mengatakan nama sebenar beliau ialah Abutamam, bukan Abutamim...cuma under article ni, moderator kekalkan dengan nama Abutamim, sebagaimana terdapat dalam article asal yang penulis dapat...

TeRaLaK_4 said...

to Pok Nik ur story is too nice...perjalanan dan liku-liku diri dalam mencari ilmu hak warisan...macam saya, as new generation...i think im da 5th generation of PakSu student...jika dikira dari sudut "siapa orang pertama/guru" yang mengajar saya. Orang pertama yang mengajar saya ialah senior2 semasa di sekolah menengah dulu....kemudian saya sempat belajar dengan guru generasi ke3 (Guru Zainuddin Mat Nawi "Din Gomol" kg Tok Sadang Pengkalan Chepa). Kemudian semasa berada di Kuala Lumpur, saya sempat belajar dengan Guru Shairudin Mohd Noor "Din KL atau Din INTAN") yang saya kira sebagai guru generasi ke2. Mengikut cerita penulis dapat, anak murid asal (generasi per1) yang tamat dengan Paksu Noor adalah seramai 8 orang sahaja....kemudian berkembang dan berkembang.

Anonymous said...

Assalaamualaikum teralak_4,

Terpulanglah kepada tuan samada hendak membetulkan sejarah atau sebaliknya.

Berasaskan pengetahuan saya yang dhaif, nama seseorang adalah "Kata nama khas", justeru tidak bolih diubah. Dari masa ke masa fakta sejarah ditemui. Justeru, pembetulan juga harus dibuat. Dengan sedemikian, nilai maklumat dapat dipertingkatkan dan menarik minat para akedemik meneruskan kajian demi kajian.

Terpulanglah kepada tuan moderator untuk membuat penentuan dan saudara Silat Terlak mengambil maklum.

Saya hanya cuba membantu tak lebih dari pada itu.

Salam

Anonymous said...

Wa'alaikumussalam wrt wbt tuan anonymous,

Jika didapati suatu fakta sejarah itu silap, maka sudah tentu ia mesti diperbetulkan...banyak sejarah yang berkaitan Tanah Melayu masih silap atau sengaja disilapkan. Contoh paling dekat, kisah Tok Janggut yang dicop sebagai "penderhaka raja"...sedangkan kisah sebenar tidak begitu. For info...,mengikut kajian ahli akademik (UKM) Tok Janggut juga salah seorang anak murid Syeikh Ahmad Al-Fathani.

Berbalik kepada hal ini, nama memang "kata nama khas" yang menjadi panggilan di dunia dan juga akhirat...maka setiap penemuan info baru moderator menerima dengan hati terbuka dan penuh gembira...dan moderator berpegang dengan prinsip "INFO yang saya ada adalah benar, tetapi mungkin ada silapnya...INFO yang tuan ada adalah salah, tetapi mungkin adalah benarnya" dalam bertukar dan menerima pendapat,info dan fakta. Info yang tepat adalah FAKTA. Dalam hal ni,saudara-saudara Silat Terlak boleh menilai...dan kita akan menerima yang "fakta-fakta" tersebut, insya-Allah fakta-fakta tadi akan dipersembahkan dalam bentuk yang lebih berharga kepada semua. Kita menerima mana yang terlebih sohih!

Moderator hanyalah mediator!

Anonymous said...

Assalaamualaikum Tuan teralak_4,

Terima kasih di atas penjelasan tuan. Munkin ini adalah maklumat yan terakhir buat masa ini untuk tuan membuat siasatan kesahihan nama yang sebenar.

Mengikut maklumat terkumpul saya, tuan bolihlah buat search:

Federal Citizenship Regulation 1948No 111911 bertarikh 15hb. Oktober 1951 yang didaftarkan di Kota Bharu Kelantan.

All the best to you. TQ for responding.

TeRaLaK_4 said...

Insya-Allah sumber yang tuan anonymous berikan paling tepat without doubt...

"Menghukum adil berkata benar,
Tidak boleh berpihak-pihak,
Hukuman adil dijalankan,
Nan benar dianjak tidak,
Hukum berdiri dengan saksi,
Adat Berdiri dengan tanda"

"Tidak ada benar kita cari benar,
Bersua benar jangan kita siahkan,
Nak mencari benar ikutlah jejak,
Ibarat orang memburu,
Jejak mendaki menukik,
Jejak menurun mendorong,
Hilang jejak bersualah benda,
Dan bila benar dah bersua tak boleh kita elakkan,
Ke laut menuju alur,
Ke darat menuju benar,
Dan siapa tak menuju benar,
Dikutuk dek adat, dibenci dek syarak"

Dipetik dari "Suatu Manisfeto Melayu, MELAYU ISLAM BERAJA, Menggali hakikat leluhur...gagasan Bendahara Ke Arah Memulihkan Maruah, Semangat dan Kedaulatan Bangsa Melayu" oleh Hj Muzaffar Dato' Hj. Mohamad dan Tun Suzana Tun Hj Othman

TeRaLaK_4 said...

Buat abe Nik....mintak email ko ambo via lamalifkilas@yahoo.com ur tel no....Terima kasih abe Nik!

Anonymous said...

Salam semua

Saya takla nak masuk campur mana-mana urusan salasilah silat terlak ini. saya rasa poknik cenderung kpd mencari warisan keturunannya disamping belajar agama & anonimos pula cuba betulkan sejarah memberikan satu petunjuk yg boleh dikaji. Munkinkah anonymous ini berkaitan saudara dgn Guru Abu Tamam?Rasanye perlu dilihat dahulu bukti bekenaan.

utk poknik dan anonymous,saya sbg ahli terlak 4 bangga dgn adanya tuan berdua.smoga gabungan ini akan mengembalikan kehebatan terlak sbgmana asal.

saya - Yasin.

Anonymous said...

Assalaamualaikum: Yasin, teralak_4, Pok Nik & Semua,

TEPUK DADA TANYA SELERA........

Pok Nik mace kawe kena ni....nanti kawe fikir ke.....

Salam

Anonymous said...

Tuan, sila sahkan e-mail lamalifkisas@yahoo.com kerana apabila saya gunakan e-mail ini, dah kena reject - mesej :

This is an automatically generated Delivery Status Notification

Delivery to the following recipient failed permanently:

lamalifkilas@yahoo.com

Technical details of permanent failure:
PERM_FAILURE: SMTP Error (state 16): 554 delivery error: dd This user doesn't have a yahoo.com account (lamalifkilas@yahoo.com) [-5] - mta221.mail.re3.yahoo.com

Sekian, terima kasih

p.s. anonymous, Pergi membeli Ikan Senohong, Tidak dikira harganya berapa, gerak hati tidak berbohong, kalau tak kenal, masakan menyapa ( :-) )

Anonymous said...

Sekiranya tidak menjadi kesalahan, izinkanlah saya memperingatkan saudara TeRaLak_4 agar berhatihati apabila menyokong maklumat atau fakta yang saya kemukakan. Selagi nama "Abutamin" dirujuk, maka maklumat atau fakta yang saya kemukakan tidak memberi sebarang makna kepada sesiapa. Oleh kerana mereka adalah 2 individu yang berlainan, munkin?

Salam.

TeRaLaK_4 said...

saudara anonymous,
Saya ubah secara rasmi nama Pendekar"Abutamin" kepada Pendekar "Abutamam" dalam article ini. Insya Allah sumber tuan tepat.

TeRaLaK_4 said...

to PokNik....

Sebahagian kisah abe Nik saya telah ceritakan kepada Paksu....sebenarnya En Nik Ismail (Nik Wel Burong) belakang sekolah Naim adalah guru kepada Paksu Noor juga. Kalau x silap saya, en Nik Ismail ni adalah bekas penghulu Pangkal Kalong (kena sahkan balik dengan Paksu Noor).

Anonymous said...

Salam kembali.

Inilah lebihnya kita bercerita. Makin terbit segala rahsia. Rupa-rupanya dari pokok pangkal yang sama. Dunia persilatan Teralak 4 tidaklah besar rupanya.

Arwah Pok Nik Wel juga menjadi pembimbing kepada Pak Su Noor juga. Saya pasti banyak yang telah dipelajari oleh Pak Su Noor dan Pok Nik Wel.

saudara Teralak 4, mohon-mohonla apa-apa 'gayong dalam' atau 'gayung 9' atau 'gayung man' dsb. dari Pak Su Noor tuu.. - saya pasti dia tahu... :-)

wassalaam

Anonymous said...

Selain itu, jangan lupa pada Tuan Guru Idris Ali Muda. Orangnya merendah diri tapi hebat..hehehhe..Abang Idris jangan marah yer....puji sikit...nak puji banyak nanti kena tulah.

TeRaLaK_4 said...

Insya-Allah,jika ade masa untuk berdamping dengan PaKsu, mana-mana orang yang tahu tak akan lepaskan peluang menuntut dengan PakSu.

Buat masa sekarang PakSu sedang menurunkan ilmu senjata kepada murid2 beliau di Kelantan (dalam ilmu Terlak 4, ada 10 jenis senjata semuanya termasuk beberapa jenis tongkat, pedang, tekpi, pisau, keris dll).

Sebagai orang yang jarang2 berpeluang berjumpa dengan Paksu....Paksu pernah menunjukkan Tari Silat yang bagi penulis x pernah tengok/belajar. Bila ditanya silat apa, tapi beliau x sebut nama silat tersebut. Jd,pada fikiran penulis...memang PakSu banyak tahu silat lain, kemungkinan silat2 yang abe nik sebutkan tadi.

Anonymous said...

Assalammualaikum smua..di mna lokasi yg tdkt dgn tpt tgal saya di sentul utk saya blajar silat ni?klu ada sbrg info sudilah kiranya email kepada saya utk blajar silat ni. achik21_v6@yahoo.com ..

Si Jembal said...

Salam. tak sangka Silat Terlak Empat ada blog. sy ni cucu Poksu Noor tp lgsung tak pandai bersilat. sgt malu. brtuah la anda semua sempat berlatih bawah Poksu Noor tau sy panggik Tok Ayah. Dari kecil dia mnta sy tinggal brsmanya untuk belajar silat tapi x pernah pon berkesempatan. nak tanya, kalau area KL, kat mana sy boleh belajar silat ni.

Anonymous said...

Salam pok nik...jika tdk keberatan boleh hubungi saya di email archer6311@yahoo.com. Ada perkara yang menarik untuk ditanya secara peribadi berkaitan dgn T4 ini. Wassallam.

noorhaprizam said...

assalamualaikum semua saudara terlak 4 , sy anok murid pok muda taman restu, pernah jumpa sekali ngan arwah ismail guru kpd pok mudo, tok guru kito royak blaja la silat ni ilmu tokke hbis , selama ni dr umur 15 tahun sy blaja sapa 37 sikit pun sy dop lupo walau sy lamo doh tok bersilat, nok tanya sbb dlm tdo sy mcm2 yg dtg pese huhu adakah tu mainan mimpi atau petunjuk. sy pernah tanya pok muda dia kato bulih ko mung doh, tapi sy tok pehe maksud dia huhu. ada ke yg sama ngan saya alami

Unknown said...

Wasalam ..saya kenal dengan pok muda..sbb pok muda ni anak murid tok saya iaitu pokmat...walaupon saya cucu kepada arwah pokmat bnyak lagi saya belum tahu cerita dalam persilatan terlak 4 ni...xsempat belaja dngn tok sbb saya masih kecil...

Unknown said...

Salam.

Saya cicit kepada Allahyarhamah Hasnah@Saanah binti Abu Tamam. Allahyarham datuk saya (Hamzah bin Ibrahim) adalah anak lelaki tunggal (dan juga anak tunggal) Allahyarhamah Saanah. Mengikut bonda saya (anak tunggal kpd Hamzah dan juga cucu tunggal Saanah), Hamzah sempat berguru dengan Tokki Abu Tamam. Abu Tamam ada anak lelaki iaitu Allahyarham Alimuda bin Abu Tamam. Alimuda ada 4 anak lelaki (Ismail, Ishak, Ilyas dan Idris) dan 3 anak perempuan (Rosnah@Butik, Asiah, Mas). Yang masih hidup - Idris, Rosnah, Asiah dan Mas. Yang byk tahu tentang susur galur keluarga Idris bin Alimuda.

Abu Tamam berasal dari Mandailing, Sumatera. Dari keluarga bermarga (Nasution). Pernah berhijrah ke Singapura (ada isteri dan anak - tidak pasti nama), Brunei dan Kelantan. Di Kelantan, Abu Tamam bertugas sebagai Surveyor.

Anak2 Abu Tamam (isteri Kelantan) : Alimuda, Saanah dan Zahrah

Anonymous said...

HMMMM JADI SILAT TEROLAK INI BUKAN ASLI SILAT KELANTAN LAH YE? APEKAH JENIS SILAT ASLI YANG TERBIT DARI NEGERI KELANTAN SENDIRI? KALAU TAK SILAP SAYA MENGIKUT CERITA CICIT GURU ABU TAMAM INI, BERMAKNA ABU TAMAM PADA MASA ITU PERNAH KE SINGAPURA DARI MENDAILING DAN KEMUDIAN BERKERJA DENGAN PENJAJAH BRITISH. BRITISH TELAH MENGHANTAR DIA KE KELANTAN MENJADI POEGAWAI SURVEY TANAH. JADI ADAKAH BELIAU INI YANG BERTANGGUNGJAWAB UNTUK CUBA MENANGKAP DAN MEMBUNUH TOK JANGGUT DI KELANTAN KETIKA KEBANGKITAN PEMBERONTAKAN TOK JANGGUT DI PASIR PUTEH? SEBAB JELAS DALAM KISAH SEJARAH TOK JANGGUT YANG BELIAU KURANG SENANG DENGAN SIKAP SEORANG PEGAWAI TANAH KETURUNAN MELAYU DARI SINGAPURA KERANA HAL CUKAI TANAH.

Anonymous said...

Tok Janggut (1853 – 25 Mei 1915).
Almarhum Abu Tamam sampai ke Kelantan 1915.
Meninggal Di Kg Laut 1945/6.