Thursday, January 21, 2010

PENCAK SILAT: Pak Su yakin 2010 bakal lebih cemerlang

Oleh Khairil S Iswan
*
CORAK latihan, teknik dan strategi pertempuran baru yang digunakan ketua jurulatih silat kebangsaan, Md Nor Mahmood, membolehkan kehampaan hanya sebutir pingat perak yang diperolehi di Sukan Sea Korat, dapat ditebus dengan pencapaian 4 emas dan 6 gangsa di Vientiane, Laos, bulan lalu.
*
Sejak mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih pada penghujung 2008, pendekatan yang digunakan Md Nor atau lebih dikenali sebagai Pak Su, dilihat berkesan dengan beberapa pencapaian membanggakan di beberapa kejohanan antarabangsa tahun lalu dan yang terbaik di Sukan Sea XXV.
*
"Di sebalik pencapaian yang baik pada 2009, saya yakin pesilat negara mampu menampil aksi lebih meyakinkan bagi 2010 dan kami mengharapkan pencapaian ini berterusan kerana silat adalah maruah dan kebanggaan budaya bangsa Melayu dan Malaysia.
*
"Kejayaan yang diperolehi mereka adalah hasil usaha keras mereka selain sokongan rakyat negara ini sentiasa mahukan kemenangan," katanya.
*
"Pencapaian di Laos membuktikan kita memiliki pesilat yang cemerlang yang mampu memberikan kilauan emas jika dihantar bertanding ke luar negara," kata Pak Su yang ketika ini masih belum memberi hitam putih mengenai jawatannya dari Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka).
*
Di Laos, emas negara disumbang Mohd Hafiz Mahari (putera kelas A), Mohd Fauzi Khalid (putera kelas F), Faizal Abdullah (putera kelas H) dan Emy Latip (puteri kelas C).
*

2 comments:

Pokjak a.k.a. Aizat said...

Tahniah untuk Pak Su Nor

Fakeh said...

Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan kenalah kita tentang hakikat bangsa ini.

Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal Si Kitul dan Raja Mandeliar yang mencari peluang dan ruang untuk melumpuhkan bangsa ini, iaitu:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

FAKEH KHALIFAH SAKA