Monday, January 21, 2008

Salasilah Guru Pendekar Abutamam Bin Enderamuda di Malaysia

Moderator meminta izin daripada the owner of Alimuda & Akib Family Group blog(Padangsidempuan,Palembang & Melaka) Hj Idris Bin Alimuda Nasution Malaysia untuk membuat pautan & highlight dalam blog ini, untuk tatapan ahli Pertubuhan Seni Silat Terlak 4 sekalian.

http://alimudasfamily.blogspot.com/

Wassalam.

Monday, January 14, 2008

Kaitan "Calit 1" & "Calit 2"

Dalam calit 1, para pelatih diperkenalkan kepada tapak asas, gerakan asas, jurus serangan dan belaan tangan serta kaki....manakala dalam calit 2 para pelatih diperkenalkan kepada kaedah menyerang, membela diri...di dalamnya diperkenalkan Tapak Menanti/menunggu, Tapak Menyerang, Cabut, Gelek dan sebaginya. Dalam calit 2 inilah awal kali diperkenal kepada "Sambil Elak Sambil Makan". Buah-buah dalam calit 2 adalah "straight forward" terus ke sasaran.

Latihan berpasangan dalam calit 2 adalah sangat keras....sorang menyerang sorang menunggu, and then altenated! Walaupun setiap buah diulang 10x sahaja, tetapi lengan sudah merah-merah serta naik "anak bukit"...manakan tidak lengan berlaga dengan susuh (siku)!!!

Saturday, January 12, 2008

Sepok Atas

Sebenarnya selain Sepok Atas ada lagi Sepok Bawah dan Sepok Sisi....ianya adalah salah satu gerak paling klasik.

Soyak Kapan Dalam Seluan Mudik Luar

Ianya adalah 1 ilmu kombinasi "Soyak Kapan" dan "Seluan Mudik"...gerak klasik yang unik ini sangat menarik sekali!

Seluan Mudik

Sebagaimana Lam Alif, Seluan Mudik juga terbahagi kepada 2 iaitu Seluan Mudik Dalam dan Seluan Mudik Luar...didalamnya terkandung:

1. Tepis
2. Silang
3. Pukul

Adapun Seluan Mudik Dalam kurang 1 perkara daripada 3 perkara diatas...sebab itu ianya adalah gerak paling laju!!! Diskusi ini juga dihadkan kepada "Calit 2"

Makan Lam Alif

Ianya terbahagi kepada dua, iaitu Makan Lam Alif Dalam dan Makan Lam Alif Luar.....di dalamnya terkandung:

1. Soyak Kapan (Dalam atau Luar)
2. Kilas "Beralih tempat" atau "ubah tapak"
3. Memukul (Makan 1, Makan 2, ....dan seterusnya)

Soyak Kapan & Memukul dilakukan oleh anggota atas iaitu "2 tangan", manakala "ubah tapak @beralih tempat" dilakukan oleh anggota bawah iaitu "2 kaki"....dikatakan "tulang 4 kerat". Diskusi ini hanya di hadkan bagi "Calit 2" sahaja.

Sebenarnya tiada abjad, huruf, kalimah atau ayat dapat mengambarkan gerak "Lam Alif" ini melainkan menghadap guru-guru. Wallahu'alam

Peringkat Ke-2 (Bengkung Hijau Bercalit 2 Kuning)

Setelah para pelatih tamat menjalani latihan dalam peringkat permulaan & pertama atau lebih dikenali sebagai "Calit 1" serta lulus ujian (grading) yang dijalankan...maka, para pelatih akan menjalani latihan dalam peringkat ke-2 atau masyhur disebut "Calit 2". Dalam Calit 2, para pelatih akan diperkenal & dilatih sehingga mahir kaedah-kaedah (pokok) iaitu:

1. Lam Alif (Dalam & Luar)
2. Seluan Mudik (Dalam& Luar)
3. Soyak Kapan Dalam Seluan Mudik Luar
4. Sepok Atas

Adapun "buah-buah" yang berputik dari "pokok-pokok" ini sangatlah banyak sekali tak terkira. Kata PakSu Noor "Sekurang-kurangnya ada 30 buah....bagi setiap gerak". Kata Guru Shairudin (Din KL) "Buah Terlak 4 ada berguni-guni banyaknya...".

Konsep dalam Calit 2 ini ialah "Serang & Balas" iaitu dilakukan secara berpasangan dalam sistem tiga-tiga, dan skopnya hanya dihadkan "serangan tangan dibalas tangan", termasuk dalam "Makan Gerak Dalam Gerak".

Sekian dulu...

Friday, January 11, 2008

Jurus 12 Kaki

Manakala Jurus 12 Kaki pula adalah 1 ilmu seni serangan dan belaan menggunakan kaki

Sepak Luar + Tumbuk (450)
Cabut Sepak Luar + Tumbuk (450)
Sepok Luar + Tumbuk (450)
Cabut Sepok Luar + Tumbuk (450)
Sepok Dalam+Tengek+Tetak
Cabut Sepok Dalam+Tengek+Tetak
Tendang Sisi (450)
Cabut Tendang Sisi (450)
Tendang Kapoh
Cabut Tendang Kapoh
Tendang Kapoh Cabut
Cabut Tendang Kapoh Cabut
Lambung Cakul
Cabut Lambung Cakul
Lambung Kait (450)
Cabut Lambung Kait (450)
Tengek
Cabut Tengek
Tendang Dalam
Cabut Tendang Dalam
Naik Lutut
Cabut Buangan
Makan Lutut
Cabut Buangan
Makan Lam Alif (450)
HORMAT

Antara lain, di dalamnya terkandung Gelek & Cabut....ma ma'na Gelek n Cabut? Serta apa bezanya????

Jurus 12 Tangan

Jurus 12 Tangan adalah 1 ilmu mengenai seni tangan yang terkandung di dalamnya kaedah seni serang dan seni bela tangan kosong

Tumbuk Sosong
Cabut Tumbuk Sosong
Tumbuk Sosong
Cabut Buangan
Tumbuk Sosong
Cabut Pukul
Tumbuk Sosong
Kapan Dalam
Tumbuk Sosong
Kapan Luar
Siku 1
Cabut Siku 1
Siku 2
Cabut Siku 2
Siku 3
Cabut Siku 3
Siku 4
Cabut Siku 4
Cebok
Cabut Senjah
Terlak
Cabut Kapan Rimau
Siku Pahat
Cabut Siku 4

Di dalamnya juga terkandung Tapak, Gelek & Cabut...selain Serangan & Tangkisan

Tari Perguruan

Adapun Tari Perguruan ini dipersembahkan dalam pelbagai tapak, maka ianya ada variasi unik yang tersendiri. Tetapi bagi tahap permulaan, ianya sama sahaja.

Tapak 4

Tapak 4 - Sebagaimana namanya, dan sepertimana telah dijelaskan sekadarnya dalam Tafsiran Lencana.... ianya "Pembuka Langkah" selepas doa buka gelanggang/latihan, seumpama Basmallah pada permulaan doa. Tapak 4 mendahului Tari Perguruan dalam gelanggang/latihan, dan ianya "Penutup Langkah" sebelum doa tutup gelanggang/latihan.

Tapak 4 - Di dalamnya, terkandung :
1. Kekuda
2. Tapak (1, 2, 3 & 4)
3. Serangan (Tumbuk)
4. Elakan (Gelek & Cabut)
5. Buangan (iaitu 1 bentuk tangkisan yang sungguh unik) -Bela Diri

Peringkat Permulaan & Pertama

Assalamu'alaikum wrt wbt
Rasanya eloklah moderator menyentuh pula hal berkaitan ilmu-ilmu yang terkandung dalam Seni Silat Terlak 4 secara terpilih sekadarnya.

Dalam peringkat Permulaan (Bengkung Hijau Kosong) & Pertama (Bengkung Hijau Bercalit Kuning 1), para pelatih akan diperkenalkan dengan:
1. Tapak 4
2. Tari Perguruan
3. Jurus 12 Tangan
4. Jurus 12 Kaki