Setelah para pelatih tamat menjalani latihan dalam peringkat permulaan & pertama atau lebih dikenali sebagai "Calit 1" serta lulus ujian (grading) yang dijalankan...maka, para pelatih akan menjalani latihan dalam peringkat ke-2 atau masyhur disebut "Calit 2". Dalam Calit 2, para pelatih akan diperkenal & dilatih sehingga mahir kaedah-kaedah (pokok) iaitu:
1. Lam Alif (Dalam & Luar)
2. Seluan Mudik (Dalam& Luar)
3. Soyak Kapan Dalam Seluan Mudik Luar
4. Sepok Atas
Adapun "buah-buah" yang berputik dari "pokok-pokok" ini sangatlah banyak sekali tak terkira. Kata PakSu Noor "Sekurang-kurangnya ada 30 buah....bagi setiap gerak". Kata Guru Shairudin (Din KL) "Buah Terlak 4 ada berguni-guni banyaknya...".
Konsep dalam Calit 2 ini ialah "Serang & Balas" iaitu dilakukan secara berpasangan dalam sistem tiga-tiga, dan skopnya hanya dihadkan "serangan tangan dibalas tangan", termasuk dalam "Makan Gerak Dalam Gerak".
Sekian dulu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment