Thursday, January 1, 2009

Pengumuman: Gelanggang Latihan Di Rumah Pak Muda Di Kg. Paya Senang

Pada 21 Disember 2008 yang lalu, telah berlangsung satu pertemuan diantara Paksu, Pak Muda (Pak Mat) dan ahli-ahli Terlak 4 di rumah Paksu di Kg. Tunjung Pendek, Jalan KB-Kuala Krai (Gelanggang Pusat). Dalam pertemuan ini, Pak Muda (Pak Mat) yang juga merupakan Jurulatih Paksu merangkap rakan seperguruan Paksu telah bersetuju untuk menjemput ahli-ahli Terlak 4 datang berlatih dirumah beliau di Kg. paya Senang. Sehubungan itu, paksu amat menggalakkan sesiapa sahaja ahli-ahli Terlak 4 untuk mendapat ilmu dari Pak Muda yang mana latihan akan diadakan sekerap 2x seminggu, iaitu pada malam Selasa dan malam Jumaat. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Setiausaha Terlak 4 (Cikgu Din) di talian 012-3092713 ataupun anak Paksu (Faidi). Wassalam.

Monday, September 29, 2008

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA 'IDULFITRI 1429H


Berhati-hati dijalanraya, jangan lupa berdoa kepada-Nya.

  • Jangan lupa pergi beraya rumah Boss (Paksu) pada hari Raya ke-2 nanti. Boleh hubungi Cikgu Sabaruddin atau Cikgu Azan untuk pertanyaan lanjut.

  • Moderator Blog ini meminta maaf sekiranya terdapat sebarang kesalahan dalam pengendalian blog ini samada secara sedar atau tidak, yang telah menyinggung hati mana-mana pihak.

Thursday, September 11, 2008

Tokoh: Mufti Haji Nor Al-Kalantani (1905M-1987M)

Dato' Hj Mohd Noor bin Ibrahim adalah seorang ulama’ Kelantan yang terkemuka dan dianggap tokoh paling masyhur selepas Tok Kenali. Dilahirkan pada 20hb. Ogos 1905 di Kota Bharu, beliau adalah anak kepada Haji Ibrahim Yusuff, Mufti Kerajaan Kelantan antara 1928-1941. Setelah menamatkan persekolahan awalnya di Madrasah Muhammadiah, Majlis Agama Islam Kelantan, beliau melanjutkan pelajaran ugamanya di Mekah pada tahun 1923. Bidang ilmu yang beliau pelajari meliputi bukan sahaja ilmu-ilmu agama tradisional seperti usuluddin, fiqh, hadith dan tafsir, tetapi juga ilmu-ilmu falak dan qiraat. Guru-guru beliau di Mekah antara lain ialah Syaikh Hasan al-Masyath, Tok Senggora, Syeikh Nuh Jamaludin Kelantan, Syeikh Mohd. Nor Patani, Tengku Mahmud Zuhdi al-Fatani, Chek Pak Ya al-Ramani dan lain-lain. Jawatan beliau yang pertama selepas pulang ke Kelantan ialah menjadi Qadhi Besar Kelantan pada tahun 1937. Pernah memangku jawatan Mufti Khas antara 1hb. September 1941 hingga 28hb. Oktober 1944, iaitu sehingga jawatan berkenaan dihapuskan. Antara 1949 hingga pertengahan 1965, beliau menjadi guru di Jami’ Merbau al-Ismail (kemudiannya Maahad Muhammadi) dan sekaligus mengajar di Masjid Muhammadi. Selang waktu antara pertengahan 1965 hingga April 1968, beliau habiskan di Masjid Negara Kuala Lumpur, berkhidmat di Kelas Tahfiz al-Qur’an yang baru ditubuhkan sekarang (Dar-al-Qur’an) dan menyusun tafsir pimpinan ar-Rahman yang terkenal itu.Dilantik menjadi Mufti pada 1hb. Mei 1968 berikutan kematian sahabatnya Dato’ Haji Ahmad Maher. Jawatan ini beliau sandang sehingga ke akhir hayatnya pada 13hb. Februari 1987. Lebih dari seorang ulama’, beliau adalah seorang hafiz dan ahli falak yang terkenal, pun juga seorang penulis dan orang alim yang menguasai bahasa Inggeris. Kemasyhuran beliau lebih banyak terserlah dalam bidang-bidang qiraat, falak, tafsir dan usuluddin, ketimbang bidang fiqh sebagaimana layaknya seorang Mufti.

Dicatat oleh Abu Muhammad di 11:20 AM 0 ulasan

Wednesday, September 10, 2008

Baju Korporat Terlak 4.....

Untuk tempahan & tengok sample baju, sila contact Cikgu Sabaruddin (012-3092713) & Cikgu Azan (013-3588259). Julung-julung kali dibuat! Cepat, jangan ketinggalan.

Artikel Seni Silat Terlak Empat yang terbit dalam Majalah KONSEP, keluaran Jun 2008...jangan lupa carikan dipasaran




Saturday, May 24, 2008

Sukma Terengganu: Pertubuhan Seni Silat Terlak Empat terima bantuan pengurusan daripada Kerajaan Negeri Kelantan

Timur: Kelantan umum ganjaran pingat diraih atlit Sukma
KOTA BHARU: Kerajaan Pas Kelantan mengumumkan ganjaran antara RM500 hingga RM1,000 bagi setiap pingat yang dimenangi oleh atlit negeri ini ketika menyertai temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Terengganu, mulai akhir bulan ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Abdul Fattah Mahmood, berkata insentif terbabit adalah sebagai dorongan dan pembakar semangat semua atlit negeri ini supaya berusaha mencipta kecemerlangan dalam acara yang disertai masing-masing. "Atlit yang meraih pingat emas akan menerima RM1,000; perak RM700, manakala gangsa RM500 sebagai penghargaan kepada mereka yang cemerlang dalam setiap kejohanan sukan di peringkat kebangsaan seperti Sukma.

"Pemberian insentif ini adalah inisiatif kerajaan negeri menghargai atlit selain menggalakkan mereka meneruskan rentak cemerlang dalam sukan yang disertai. Sebelum ini, atlit olahraga dan sepak takraw yang memenangi pingat emas peringkat kebangsaan dan luar negara diberikan insentif sama," katanya. Beliau memberitahu pemberita demikian selepas menyampaikan bantuan pengurusan kepada lapan persatuan sukan negeri di Kota Darul Naim, semalam. Antara persatuan sukan yang menerima bantuan pengurusan bernilai RM2,000 hingga RM3,000 itu ialah Persatuan Gimnastik, Skuasy, Persatuan Tinju Amatur negeri, pasukan Berkuda Pasir Hor, Pertubuhan Seni Silat Terlak Empat, Tenpin Bo ling dan Kriket. Abdul Fattah berkata, kerajaan negeri berharap bantuan pengurusan itu dapat menyuntik semangat persatuan sukan yang akan menyertai sesuatu kejohanan termasuk Sukma.
"Kerajaan memberi sokongan kepada usaha pembangunan sukan dan bantuan pengurusan yang disalurkan adalah antara pendekatan untuk membantu persatuan negeri ini. Saya harap persatuan sukan dapat memanfaatkan bantuan pengurusan itu untuk keperluan mereka, khususnya dalam membiayai program yang dijalankan," katanya. Beliau berkata, persatuan sukan dan atlit negeri ini diharapkan terus mempamerkan kecemerlangan, sekali gus mengharumkan nama negeri di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Malah, katanya, kerajaan negeri yakin dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob mampu meningkatkan program pembangunan sukan di peringkat nasional. "Saya yakin kepemimpinan baru dalam Kementerian Belia dan Sukan kini dapat membantu setiap negeri termasuk Kelantan meningkatkan pembangunan sukan dan kita tiada masalah memberi kerjasama yang diperlukan dalam konteks sukan," katanya.