Thursday, August 11, 2011
Thursday, January 21, 2010
PENCAK SILAT: Pak Su yakin 2010 bakal lebih cemerlang
Oleh Khairil S Iswan
*
CORAK latihan, teknik dan strategi pertempuran baru yang digunakan ketua jurulatih silat kebangsaan, Md Nor Mahmood, membolehkan kehampaan hanya sebutir pingat perak yang diperolehi di Sukan Sea Korat, dapat ditebus dengan pencapaian 4 emas dan 6 gangsa di Vientiane, Laos, bulan lalu.
*
Sejak mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih pada penghujung 2008, pendekatan yang digunakan Md Nor atau lebih dikenali sebagai Pak Su, dilihat berkesan dengan beberapa pencapaian membanggakan di beberapa kejohanan antarabangsa tahun lalu dan yang terbaik di Sukan Sea XXV.
*
"Di sebalik pencapaian yang baik pada 2009, saya yakin pesilat negara mampu menampil aksi lebih meyakinkan bagi 2010 dan kami mengharapkan pencapaian ini berterusan kerana silat adalah maruah dan kebanggaan budaya bangsa Melayu dan Malaysia.
*
"Kejayaan yang diperolehi mereka adalah hasil usaha keras mereka selain sokongan rakyat negara ini sentiasa mahukan kemenangan," katanya.
*
"Pencapaian di Laos membuktikan kita memiliki pesilat yang cemerlang yang mampu memberikan kilauan emas jika dihantar bertanding ke luar negara," kata Pak Su yang ketika ini masih belum memberi hitam putih mengenai jawatannya dari Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka).
*
Di Laos, emas negara disumbang Mohd Hafiz Mahari (putera kelas A), Mohd Fauzi Khalid (putera kelas F), Faizal Abdullah (putera kelas H) dan Emy Latip (puteri kelas C).
*
Tuesday, December 22, 2009
Pungutan Pingat Pencak Silat: Sukan SEA Laos 2009

- Per1: Vietnam -6 Emas -4 Perak -1 Gangsa
- Ke2: Malaysia -4 Emas -0 Perak -6 Gangsa
- Ke3: Thailand -2 Emas -4 Perak -4 Gangsa
- Ke4: Indonesia -2 Emas -3 Perak -3 Gangsa
- Ke5: Singapore -1 Emas -2 Perak -5 Gangsa
- Ke6: Laos -1 Emas -2 Perak -4 Gangsa
- Ke7: Brunei -1 Emas -0 Perak -3 Gangsa
- Ke8: Myanmar -0 Emas -1 Perak -1 Gangsa
- Ke9: Philippines -o Emas -1 Perak -1 Gangsa
Silat Olahraga: Sukan SEA Laos 2009

SKUAD silat negara yakin untuk meraih pingat emas pada Sukan SEA 2009 di Vientiane, Laos setelah sekadar membawa pulang satu pingat perak dan enam gangsa pada Sukan SEA 2007 di Korat, Thailand.
Ketua jurulatih silat negara, Mat Noor Mahmood berkata, sasaran mereka kali ini ialah sekurang-kurang- nya membawa pulang dua pingat emas daripada 12 acara yang disertai.
"Kita akan menyertai 10 acara silat olahraga dan dua acara silat seni. Bagi saya, sasaran dua pingat emas ini adalah realistik.
"Kita perlu mengambil kira kemungkinan mutu pengadilan teruk kerana ia telah mengecewakan kita semasa di Korat dua tahun lalu," katanya ketika ditemui Kosmo! pada sesi latihan di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil kelmarin.
Skuad silat negara kini gigih menjalani dua sesi latihan setiap hari sebelum mereka berlepas ke Vientiane pada Rabu depan.
Jelas Mat Noor atau lebih mesra dipanggil Pak Su, Malaysia sebenarnya boleh melepasi sasaran dua pingat emas itu jika diambil kira prestasi dan kemampuan pesilat-pesilat negara ketika ini.
"Saya rasa jika diizinkan Allah dan dipermudahkan laluan kita pada hari pertandingan nanti, kita mampu meraih lebih daripada dua pingat emas. Ini kerana, tahap kita dengan Vietnam dan Indonesia kini tiada bezanya," jelas Mat Noor.
Mat Noor dengan dibantu Hussein Zawawi mengendalikan barisan enam pesilat lelaki dan empat pesilat wanita untuk bertanding dalam acara silat olahraga.
Sementara itu, Nasri Nasir pula menggalas tugas selaku jurulatih bagi silat seni yang akan beraksi dalam dua acara.
"Bagi silat seni, Mohd. Hafiz Arif dan Mohd. Helmi Abd. Aziz akan berganding untuk acara ganda Putera manakala Suzy Sulaiman untuk acara jurus tunggal Puteri.
"Saya harap, salah satu daripada acara ini akan menghasilkan pingat emas," kata Nasri.
Skuad silat negara kini hanya menjalani latihan ringan di MSN setelah mereka berkampung selama 18 hari di Bukit Fraser, Pahang dari 9 hingga 26 November lalu untuk menjalani latihan intensif.
Friday, September 4, 2009
"PENDEKAR SEJATI"
Wahai anak-anakku pendekar sejati
Samaada pemuda mahupun pemudi
Bangkitlah kamu untuk berbakti
Agama,Bangsa dan Negara yang dicintai
Elak...Tangkis...Tendang...Hapuskan
Hapuskan musuh yang mana ada
Dadah durjana yang bermaharajarela
Mengherdip segala anak bangsa
Hingga lupa ibu,bapa serta keluarga
Wahai anak-anakku pendekar sejati
NUKILAN: PAKSU NOOR
Samaada pemuda mahupun pemudi
Bangkitlah kamu untuk berbakti
Agama,Bangsa dan Negara yang dicintai
Elak...Tangkis...Tendang...Hapuskan
Hapuskan musuh yang mana ada
Dadah durjana yang bermaharajarela
Mengherdip segala anak bangsa
Hingga lupa ibu,bapa serta keluarga
Wahai anak-anakku pendekar sejati
NUKILAN: PAKSU NOOR
Saturday, August 1, 2009
PERANAN ULAMA DALAM SILAT: Koleksi artikel ALLAHYARHAM WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH
BARANGKALI perbicaraan yang menyentuh secara langsung tentang persilatan adalah masih sangat langka. Keterlibatan penulis dalam membicarakan perkara persilatan ini juga amat sedikit berbanding penulisan-penulisan selainnya.
Oleh itu, kelemahan-kelemahan dalam perbicaraan ini rasanya sangat banyak, apatah lagi dunia persilatan hanyalah penulis kenali sewaktu masih kanak-kanak dan ditinggalkan begitu lama, sejak tahun 1960-an.
Jenis-jenis silat memang banyak penulis ketahui, namun penulis bukanlah seorang pelajar mengenai bidang itu secara tekun tetapi hanyalah sebagai pemerhati saja. Di antara silat-silat yang penulis ketahui ialah Silat Pengian, Silat Kuntau, Silat Harimau, Silat Buton Kalidupa, Silat Bugis Bone, Silat Sinding, Silat Pukul Tujuh, Silat Minangkabau, Silat Cekak, Silat Gayung, Silat Gayung Patani, Silat Abjad dan Al-Mu'azat.
Peranan ulama dalam silat hanya dapat penulis tonjolkan kepada pemikiran Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani dan keterlibatan Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani dalam jihad fi sabilillah.
Kedua-dua ulama besar yang sangat terkenal itu dipercayai menggunakan 'senjata' qalam untuk mengajar umat Melayu dna juga senjata pedang unutk perjuangan di medan jihad fi sabilillah demi mempertahankan kesucian Islam dan watan daripada penjajah.
Jika kita anggap ilmu silat adalah untuk mempertahankan diri peribadi, jihad pula adalah mempertahankan Islam dan tanah air.
Jadi kedua-dua ulama kita itu adalah lebih agung, kerana banyak jenis silat yang dikuasainya. Yang dimaksudkan di sini ialah:
- silat menggunakan qalam/pena,
- silat kalam/lidah,
- silat menggunakan siasah/politik, dan lain-lain termasuklah
- silat ketangkasan di medan juang yang sebahagiannya dijadikan sebagai satu cadang seni atau budaya.
Pelajaran silat dalam Kerajaan Pontianak
Tidaklah janggal pada kesempatan ini penulis mulakan petikan mengenai silat yang termaktub dalam sebuah manuskrip "Syair Kerajaan Pontianak".
Kerajaan Pontianak (Indonesia) memang bukan dalam Malaysia, tetapi adalah sebuah kerajaan Melayu yang didirikan oleh Syarif Abdur Rahman bin Habib Husein al-Qadri yang direstui dan dirasmikan oleh pahlawan Melayu-Bugis, Raja Haji bin Upu Daeng Celak.
Raja Haji pula adalah seorang pahlawan Melayu agung sesudah Hang Tuah, kerana hampir keseluruhan negeri-negeri Melayu pernah dikunjunginya. Akhir riwayat Raja Haji gugur sebagai syahid fi sabilillah di Teluk Ketapang, Melaka.
Syair Kerajaan Pontianak ditulis beberapa tahun setelah berdirinya Kerajaan Melayu-Islam Pontianak, dalam petikan tersebut juga jelas mencerminkan minat dan kesungguhan Sultan Syarif Abdur Rahman bin Habib Husein al-Qadri terhadap seni dan budaya silat. Untuk lebih jelas dan merupakan dokumen sejarah persilatan Melayu, Bab Silat dalam Syair Kerajaan Pontianak penulis sebutkan beberapa petikan awal darinya, iaitu:
Setelah sudah berperi-peri,
baginda berangkat lalu berdiri
Panggilkan Mat Raiyat suruh ke mari,
serta dengan Wan Bakari.
Wan Ahmad, Wan Bakar datanglah sudah,
kepada baginda tunduk menyembah
Dengan segeranya baginda bertitah,
Adalah sedikit hendak diperintah.
Baginda tersenyum seraya berkata,
Jikalau suka rasanya cita
Tuan-tuan yang muda ajarkan kita,
diajarkan silat bermain senjata.
Tuan ajarkan padan-padan,
boleh dilihat usulnya badan
Bagaimana di dalam contoh teladan,
yang mana patut main di medan.
*Tulisan Sheikh Daud Abdullah Al-Fathani mengenai jihad dalam Islam
Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani adalah ulama besar dunia Melayu yang terlibat langsung bersama-sama Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani dalam medan jihad melawan pencerobohan Siam di bumi Patani Darus Salam.
Tulisan-tulisan beliau mengenai hukum jihad telah penulis perkenalkan dalam penulisan-penulisan sebelum ini, di mana jelas menggambarkan bahawa Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani adalah seorang ulama pejuang Islam sebenar dan sejati serta bertanggungjawab terhadap ummah dan watan Melayu daripada segala macam bentuk penjajahan kuffar.
Sebagai tambahan, di sini penulis petik pula pandangan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani tentang jihad yang beliau tulis dalam kitab Bughyat at-Thullab.
Transliterasi selengkapnya ialah: "Dan setengah daripadanya, perang sabil bagi kuffar, yakni wajib bagi Imam itu pergi perang kepada negeri mereka itu, maka iaitu fardu kifayah dengan ijmak. Atau Naib Imam pergi dengan tentera kerana perang bagi mereka itu.
"Atau diperbaiki akan kota yang antaranya dan antara negeri mereka itu, serta diteguhkan dia, dan ditaruhkan senjatanya, dan orang yang menunggu padanya sekira-kira memadai melawan akan mereka itu. Maka hendaklah diperbuat akan salah suatu daripada keduanya maka gugurlah fardu kifayahnya. Ini jika tiada mereka itu datang kepada negeri kita.
"Maka jika datang ia kepada negeri Islam maka jadilah fardu ain atas tiap-tiap seorang daripada negeri yang ia masuk itu, hingga perempuan dan sahaya orang ... " (Bughyat at-Thullab, jilid 1, hlm. 95).
Ulasan dan pandangan, daripada kalimatnya "Maka jika datang ia kepada negeri Islam ... " dapat kita bandingkan peristiwa penjajahan bangsa Barat-Belanda dan Inggeris di dunia Melayu pada zaman Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani dengan peristiwa Amerika, pengganas terbesar dunia, yang telah menjajah Afghanistan dan Iraq.
Sebagaimana telah disebutkan bahawa Belanda dan Inggeris telah menjajah dunia Melayu, perlu pula dinyatakan di sini bahawa Patani juga tidak terlepas daripada dijajah, bukan oleh bangsa Barat tetapi oleh Siam. Semua penjajah yang tersebut adalah bukan agama Islam kerana mereka telah menjajah negeri Islam.
Oleh itu, menurut Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani pada sambungan kalimat di atas bahawa "jadilah fardu ain atas tiap-tiap seorang daripada negeri yang ia masuk itu, hingga perempuan dan sahaya orang ..." berperang atau jihad terhadap mereka. Bangsa-bangsa yang telah menjajah dunia Melayu, adalah bukan beragama Islam.
Oleh itu fenomena yang berlaku sekarang, tuduhan umat Islam sebagai pengganas adalah tidak berasas sama sekali, kerana tidak terdapat dalam sejarah bahawa bangsa-bangsa yang beragama Islam datang menjadi penjajah di dunia Melayu.
Sebenarnya bangsa-bangsa penjajah itulah yang layak dilabelkan sebagai pengganas atau terrorist atau penzalim. Gelaran tersebut terdapat dua golongan yang sedang bermusuhan, yang pertama ialah pengganas yang sedang berkuasa (pemerintah) dan yang kedua ialah pengganas yang tidak berkuasa (rakyat).
Perjuangan jihad yang pernah dilakukan oleh ulama kita seperti Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani, Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani, dan lain-lain tidak dapat disamakan dengan kedua-dua golongan pengganas yang tersebut di atas, kerana jihad Islam adalah cukup jelas berdasarkan perintah daripada Allah dan para Rasul-Nya. Siapa saja yang berjihad menurut perintah Allah dan Rasul-Nya adalah benar, tidak terdapat keraguan di dalamnya.
Oleh itu, wajib dipertahankan kebenaran dan kesuciannya daripada pentafsiran-pentafsiran yang tidak betul disusun demikian rapi oleh pihak-pihak tertentu yang telah merasa lazat makanan dan minuman segar tetapi beracun yang mereka peroleh dari musuh-musuh Islam.
Mengenai membuat persiapan sebagai benteng pertahanan dapat kita ketahui dari kalimat beliau, "Atau diperbaiki akan kota yang antaranya dan antara negeri mereka itu, serta diteguhkan dia ...".
Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani menyentuh pula tentang persiapan persenjataan dengan sambungan kalimatnya "dan ditaruhkan senjatanya" maksudnya bahawa dalam benteng pertahanan perlulah ada tersimpan persenjataan yang cukup dan siap digunakan apabila diperlukan.
Patriotik bangsa adalah sangat diperlukan, yang beliau gambarkan pada sambungan kalimatnya "dan orang yang menunggu padanya sekira-kira memadai melawan akan mereka itu". Kalimat ini dapat dihubungkaitkan dengan "ilmu silat" kerana orang Melayu yang sanggup melawan musuh pada zaman itu perlu mempunyai ketangkasan.
Ketangkasan dalam bentuk fizik adalah mempelajari ilmu silat. Dan tidak dapat dinafikan diperlukan "kekuatan dalaman" atau "mental" atau "rohani". Baik Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani mahu pun Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani juga pernah mengijazahkan wirid-wirid pertahanan diri untuk menghadapi musuh dalam peperangan.
Wirid pertahanan diri Sheikh Abdus Shamad Al-Falimbani
Untuk memantapkan keyakinan diri menghadapi jihad, dalam karyanya berjudul Mulhik fi Bayanil Fawa'id an-Nafi'ah fil Jihadi fi Sabilillah atau judul terjemahan oleh Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani sendiri iaitu "Suatu Perhubungan Pada Menyatakan Akan Beberapa Faedah Di Dalam Perang Sabilillah", beliau membahagi dalam risalah tersebut kepada empat bahagian, iaitu:
- Faedah Yang Pertama Pada Menyatakan Ayat Quran Yang Jadi 'Azimat Yang Manfaat Di Dalam Perang Sabilillah, Dan Peliharaan Yang Menegahkan Daripada Kejahatan Orang Kafir.
- Faedah Yang Kedua Pada Menyatakan Doa Yang Manfaat Di Dalam Perang Sabilillah Dan Lainnya.
- Faedah Yang Ketiga Pada Menyatakan Doa Yang Membinasakan Bagi Segala Seteru, Dan Bagi Sejahtera Daripada Kejahatan Seteru.
- Faedah Yang Keempat Pada Menyatakan Doa Membinasakan Seteru, Dan Segala Kafir, Dan Bagi Sejahtera Daripada Kejahatan Mereka Itu.
Salah satu amalan Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani pernah diterima oleh pahlawan Mat Kilau. Mengenai ini termaktub dalam Kitab Mat Kilau, cetakan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, 1970, hlm. 23, iaitu "Ini doa diambil daripada Sheikh Abdus Shamad Palembang, siapa yang mengamalkan doa ini nescaya tidak mengenai padanya pedang, atau panah, atau segala rupa kejahatan dari seteru ... "Yang disebut dalam Kitab Mat Kilau itu memang termaktub dalam karya Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani tersebut yang beliau tempatkan pada Faedah Yang Kedua.
Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani telah menterjemahkan wirid untuk perang itu daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu. Dalam empat buah karangan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani juga membicarakan wirid yang sama, di antaranya dalam kitab Mun-yat al-Mushalli. Selengkapnya lihat Mun-yat al-Mushalli yang telah penulis transliterasi (lihat terbitan Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1424 H/2003 M hlm. 96-98).
Walau bagaimanapun, tidak terdapat terjemahan wirid itu oleh Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani seperti yang dilakukan oleh Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani. Perlu juga penulis sentuh di sini bahawa dalam terjemahan wirid Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani tersebut ada hubungkait dengan persilatan. Bahawa ilmu silat yang pernah penulis pelajari adalah melalui tiga jalan, iaitu:
- Belajar secara fizik di gelanggang.
- Belajar wirid-wirid yang boleh mendatang gerak dengan sendirinya.
- Mengabungkan pelajaran fizik dan wirid.
Pada Faedah Yang Keempat wirid Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani terdapat satu doa yang sama dengan yang diamalkan dalam Silat Al-Mu'azat. Walaupun dalam Silat Al-Mu'azat tidak mempelajari gerak fizik, tetapi apabila mengamalkan wirid, maka gerak fizik akan datang dengan sendirinya.
Silat Al-Mu'azat pernah dikembangkan di Johor oleh Raja Haji Muhammad Yunus Ahmad dalam tahun 1970-an. Wirid yang diamalkan oleh Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani, yang sama dengan amalan dalam Silat Al-Mu'azat itu, lebih lengkap ditulis oleh Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani dalam kitab Ward az-Zawahir (lihat hlm. 189).
Kesimpulan dan penutup
Dari semua yang telah dibicarakan di atas penulis berpendapat bahawa:
- Seni dan budaya persilatan diajarkan dalam dua bentuk, iaitu dalam gerak fizik dan kerohanian.
- Ilmu persilatan yang menggunakan wirid, hizib, doa, dan yang sejenis dengannya adalah berasal dari ajaran Islam yang benar. Sebaliknya tidak dapat dinafikan terdapat juga yang menggunakan mantera, jampi, serapah, dan yang sejenis dengannya. Mengenai ini sukar dijejaki sumber-sumber asal hingga ke atasnya. Oleh itu, ada yang boleh diamal dan digunakan. Sebaliknya ada pula yang mengandungi unsur khurafat yang menjerumuskan ke arah syirik yang bertentangan dengan akidah Islam.
- Ulama-ulama Nusantara yang terlibat dalam jihad fi sabilillah mempunyai asas ilmu menggunakan senjata. Mereka memiliki ilmu ketahanan diri yang bersambung dari satu guru ke satu guru hingga sampai kepada pahlawan-pahlawan Islam terdahulu bahkan sumber amalan ada yang berasal dari Rasulullah SAW sendiri.
- Ulama-ulama Nusantara yang melakukan jihad fi sabilillah demi untuk memperjuangkan Islam dan mempertahankan negeri-negeri Melayu dari dijajah oleh bangsa yang bukan Islam adalah wajib diteruskan secara bersambung dari satu generasi ke generasi yang berikutnya.
Sekianlah yang dapat disampaikan pada ruangan kali ini, mudah-mudah kita dapat menghidupkan seni dan budaya yang dibenarkan syarak dan mengetepikan apa saja seni dan budaya yang bertentangan dengan syarak.
Mudah-mudahan hanya pemikiran ulama yang betul saja yang menjadi ikutan dan pemikiran yang tiada betul walau dari siapa pun datangnya supaya dihindari oleh-Nya.
***
Thursday, January 1, 2009
Pengumuman: Gelanggang Latihan Di Rumah Pak Muda Di Kg. Paya Senang
Pada 21 Disember 2008 yang lalu, telah berlangsung satu pertemuan diantara Paksu, Pak Muda (Pak Mat) dan ahli-ahli Terlak 4 di rumah Paksu di Kg. Tunjung Pendek, Jalan KB-Kuala Krai (Gelanggang Pusat). Dalam pertemuan ini, Pak Muda (Pak Mat) yang juga merupakan Jurulatih Paksu merangkap rakan seperguruan Paksu telah bersetuju untuk menjemput ahli-ahli Terlak 4 datang berlatih dirumah beliau di Kg. paya Senang. Sehubungan itu, paksu amat menggalakkan sesiapa sahaja ahli-ahli Terlak 4 untuk mendapat ilmu dari Pak Muda yang mana latihan akan diadakan sekerap 2x seminggu, iaitu pada malam Selasa dan malam Jumaat. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Setiausaha Terlak 4 (Cikgu Din) di talian 012-3092713 ataupun anak Paksu (Faidi). Wassalam.
Friday, December 19, 2008
Monday, September 29, 2008
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA 'IDULFITRI 1429H

Berhati-hati dijalanraya, jangan lupa berdoa kepada-Nya.
- Jangan lupa pergi beraya rumah Boss (Paksu) pada hari Raya ke-2 nanti. Boleh hubungi Cikgu Sabaruddin atau Cikgu Azan untuk pertanyaan lanjut.
- Moderator Blog ini meminta maaf sekiranya terdapat sebarang kesalahan dalam pengendalian blog ini samada secara sedar atau tidak, yang telah menyinggung hati mana-mana pihak.
Thursday, September 11, 2008
Tokoh: Mufti Haji Nor Al-Kalantani (1905M-1987M)
Dato' Hj Mohd Noor bin Ibrahim adalah seorang ulama’ Kelantan yang terkemuka dan dianggap tokoh paling masyhur selepas Tok Kenali. Dilahirkan pada 20hb. Ogos 1905 di Kota Bharu, beliau adalah anak kepada Haji Ibrahim Yusuff, Mufti Kerajaan Kelantan antara 1928-1941. Setelah menamatkan persekolahan awalnya di Madrasah Muhammadiah, Majlis Agama Islam Kelantan, beliau melanjutkan pelajaran ugamanya di Mekah pada tahun 1923. Bidang ilmu yang beliau pelajari meliputi bukan sahaja ilmu-ilmu agama tradisional seperti usuluddin, fiqh, hadith dan tafsir, tetapi juga ilmu-ilmu falak dan qiraat. Guru-guru beliau di Mekah antara lain ialah Syaikh Hasan al-Masyath, Tok Senggora, Syeikh Nuh Jamaludin Kelantan, Syeikh Mohd. Nor Patani, Tengku Mahmud Zuhdi al-Fatani, Chek Pak Ya al-Ramani dan lain-lain. Jawatan beliau yang pertama selepas pulang ke Kelantan ialah menjadi Qadhi Besar Kelantan pada tahun 1937. Pernah memangku jawatan Mufti Khas antara 1hb. September 1941 hingga 28hb. Oktober 1944, iaitu sehingga jawatan berkenaan dihapuskan. Antara 1949 hingga pertengahan 1965, beliau menjadi guru di Jami’ Merbau al-Ismail (kemudiannya Maahad Muhammadi) dan sekaligus mengajar di Masjid Muhammadi. Selang waktu antara pertengahan 1965 hingga April 1968, beliau habiskan di Masjid Negara Kuala Lumpur, berkhidmat di Kelas Tahfiz al-Qur’an yang baru ditubuhkan sekarang (Dar-al-Qur’an) dan menyusun tafsir pimpinan ar-Rahman yang terkenal itu.Dilantik menjadi Mufti pada 1hb. Mei 1968 berikutan kematian sahabatnya Dato’ Haji Ahmad Maher. Jawatan ini beliau sandang sehingga ke akhir hayatnya pada 13hb. Februari 1987. Lebih dari seorang ulama’, beliau adalah seorang hafiz dan ahli falak yang terkenal, pun juga seorang penulis dan orang alim yang menguasai bahasa Inggeris. Kemasyhuran beliau lebih banyak terserlah dalam bidang-bidang qiraat, falak, tafsir dan usuluddin, ketimbang bidang fiqh sebagaimana layaknya seorang Mufti.Wednesday, September 10, 2008
Baju Korporat Terlak 4.....
Untuk tempahan & tengok sample baju, sila contact Cikgu Sabaruddin (012-3092713) & Cikgu Azan (013-3588259). Julung-julung kali dibuat! Cepat, jangan ketinggalan.
Saturday, May 24, 2008
Sukma Terengganu: Pertubuhan Seni Silat Terlak Empat terima bantuan pengurusan daripada Kerajaan Negeri Kelantan
Timur: Kelantan umum ganjaran pingat diraih atlit Sukma
KOTA BHARU: Kerajaan Pas Kelantan mengumumkan ganjaran antara RM500 hingga RM1,000 bagi setiap pingat yang dimenangi oleh atlit negeri ini ketika menyertai temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Terengganu, mulai akhir bulan ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Abdul Fattah Mahmood, berkata insentif terbabit adalah sebagai dorongan dan pembakar semangat semua atlit negeri ini supaya berusaha mencipta kecemerlangan dalam acara yang disertai masing-masing. "Atlit yang meraih pingat emas akan menerima RM1,000; perak RM700, manakala gangsa RM500 sebagai penghargaan kepada mereka yang cemerlang dalam setiap kejohanan sukan di peringkat kebangsaan seperti Sukma.
"Pemberian insentif ini adalah inisiatif kerajaan negeri menghargai atlit selain menggalakkan mereka meneruskan rentak cemerlang dalam sukan yang disertai. Sebelum ini, atlit olahraga dan sepak takraw yang memenangi pingat emas peringkat kebangsaan dan luar negara diberikan insentif sama," katanya. Beliau memberitahu pemberita demikian selepas menyampaikan bantuan pengurusan kepada lapan persatuan sukan negeri di Kota Darul Naim, semalam. Antara persatuan sukan yang menerima bantuan pengurusan bernilai RM2,000 hingga RM3,000 itu ialah Persatuan Gimnastik, Skuasy, Persatuan Tinju Amatur negeri, pasukan Berkuda Pasir Hor, Pertubuhan Seni Silat Terlak Empat, Tenpin Bo ling dan Kriket. Abdul Fattah berkata, kerajaan negeri berharap bantuan pengurusan itu dapat menyuntik semangat persatuan sukan yang akan menyertai sesuatu kejohanan termasuk Sukma.
"Kerajaan memberi sokongan kepada usaha pembangunan sukan dan bantuan pengurusan yang disalurkan adalah antara pendekatan untuk membantu persatuan negeri ini. Saya harap persatuan sukan dapat memanfaatkan bantuan pengurusan itu untuk keperluan mereka, khususnya dalam membiayai program yang dijalankan," katanya. Beliau berkata, persatuan sukan dan atlit negeri ini diharapkan terus mempamerkan kecemerlangan, sekali gus mengharumkan nama negeri di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Malah, katanya, kerajaan negeri yakin dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob mampu meningkatkan program pembangunan sukan di peringkat nasional. "Saya yakin kepemimpinan baru dalam Kementerian Belia dan Sukan kini dapat membantu setiap negeri termasuk Kelantan meningkatkan pembangunan sukan dan kita tiada masalah memberi kerjasama yang diperlukan dalam konteks sukan," katanya.
Friday, May 9, 2008
Gambar Dato' Perdana Paduka Raja Kelantan (2)
Diambil dari link http://www.geocities.com/smkdmpr2/profail-bio.htm . Terima kasih ila Idris Alimuda kerana memberi link ini!Monday, May 5, 2008
Monday, April 7, 2008
"Tapak Empat"
Tuesday, March 11, 2008
THE HISTORY OF SENI SILAT TERLAK EMPAT IN MALAYSIA
During 1920’s, a Malay warrior (pendekar), namely Bapak Abu Tamam, from a village in Minangkabau which name is Terlak, in the province of West Sumatera, had traveled to Tanah Serendah Sekebun Bunga (Kelantan) searching for new and better livelihood.
The “warrior’s blood” in his body urged him to spread his martial art (silat) techniques. Hence, Bapak Abu Tamam taught his loyal student namely Harun Daud, all his arts of self-defence. This martial art school (persilatan) was named ‘TERLAK EMPAT’ in accordance with Bapak Abu Tamam’s birthplace. At that time, this school becomes famous among those from the palace including princes and princesses of the sultan, and also Dato’ Perdana Kelantan. Beside that, this silat school also learned by Sahibul Fadhilah Dato’ Mufti Hj. Muhammad Noor b. Hj. Ibrahim.
The leadership of Terlak Empat school was then held by the two greatest students of Bapak Harun Daud. They were brothers, namely Ismail Yusuf (Pak Ma’il Kok Lanas) and Muhammad Yusuf (Pak Mad Kampung Puteh). After these dual warriors resigned, the leadership was passed to the loyal and great student, Hj. Mohd Noor Mahmood (Pak Su Noor) until now.
By the will of God, with Pak Su Noor’s obstinacy, dedication and patience, this silat school has spread rapidly in Pahang, Selangor, Kuala Lumpur and especially in Kelantan. Moreover, the victories of its members in national, international and world silat championships have seized attention and interest of the youths to join this school and eventually, Pak Su Noor has been appointed as a Head Coach of the Malaysia team (1987-1997), and as advisor to the Malaysia’s Silat Olahraga team for several tournament.
The “warrior’s blood” in his body urged him to spread his martial art (silat) techniques. Hence, Bapak Abu Tamam taught his loyal student namely Harun Daud, all his arts of self-defence. This martial art school (persilatan) was named ‘TERLAK EMPAT’ in accordance with Bapak Abu Tamam’s birthplace. At that time, this school becomes famous among those from the palace including princes and princesses of the sultan, and also Dato’ Perdana Kelantan. Beside that, this silat school also learned by Sahibul Fadhilah Dato’ Mufti Hj. Muhammad Noor b. Hj. Ibrahim.
The leadership of Terlak Empat school was then held by the two greatest students of Bapak Harun Daud. They were brothers, namely Ismail Yusuf (Pak Ma’il Kok Lanas) and Muhammad Yusuf (Pak Mad Kampung Puteh). After these dual warriors resigned, the leadership was passed to the loyal and great student, Hj. Mohd Noor Mahmood (Pak Su Noor) until now.
By the will of God, with Pak Su Noor’s obstinacy, dedication and patience, this silat school has spread rapidly in Pahang, Selangor, Kuala Lumpur and especially in Kelantan. Moreover, the victories of its members in national, international and world silat championships have seized attention and interest of the youths to join this school and eventually, Pak Su Noor has been appointed as a Head Coach of the Malaysia team (1987-1997), and as advisor to the Malaysia’s Silat Olahraga team for several tournament.
Monday, January 21, 2008
Salasilah Guru Pendekar Abutamam Bin Enderamuda di Malaysia
Moderator meminta izin daripada the owner of Alimuda & Akib Family Group blog(Padangsidempuan,Palembang & Melaka) Hj Idris Bin Alimuda Nasution Malaysia untuk membuat pautan & highlight dalam blog ini, untuk tatapan ahli Pertubuhan Seni Silat Terlak 4 sekalian.
http://alimudasfamily.blogspot.com/
Wassalam.
http://alimudasfamily.blogspot.com/
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)























"Silat Sedia"
"Sedia" 



"Gelek...Tumbuk Susun/sosong"


"Buangan"

