Tuesday, December 22, 2009

Pungutan Pingat Pencak Silat: Sukan SEA Laos 2009


  • Per1: Vietnam -6 Emas -4 Perak -1 Gangsa
  • Ke2: Malaysia -4 Emas -0 Perak -6 Gangsa
  • Ke3: Thailand -2 Emas -4 Perak -4 Gangsa
  • Ke4: Indonesia -2 Emas -3 Perak -3 Gangsa
  • Ke5: Singapore -1 Emas -2 Perak -5 Gangsa
  • Ke6: Laos -1 Emas -2 Perak -4 Gangsa
  • Ke7: Brunei -1 Emas -0 Perak -3 Gangsa
  • Ke8: Myanmar -0 Emas -1 Perak -1 Gangsa
  • Ke9: Philippines -o Emas -1 Perak -1 Gangsa

Silat Olahraga: Sukan SEA Laos 2009



SKUAD silat negara yakin untuk meraih pingat emas pada Sukan SEA 2009 di Vientiane, Laos setelah sekadar membawa pulang satu pingat perak dan enam gangsa pada Sukan SEA 2007 di Korat, Thailand.

Ketua jurulatih silat negara, Mat Noor Mahmood berkata, sasaran mereka kali ini ialah sekurang-kurang- nya membawa pulang dua pingat emas daripada 12 acara yang disertai.

"Kita akan menyertai 10 acara silat olahraga dan dua acara silat seni. Bagi saya, sasaran dua pingat emas ini adalah realistik.

"Kita perlu mengambil kira kemungkinan mutu pengadilan teruk kerana ia telah mengecewakan kita semasa di Korat dua tahun lalu," katanya ketika ditemui Kosmo! pada sesi latihan di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil kelmarin.

Skuad silat negara kini gigih menjalani dua sesi latihan setiap hari sebelum mereka berlepas ke Vientiane pada Rabu depan.

Jelas Mat Noor atau lebih mesra dipanggil Pak Su, Malaysia sebenarnya boleh melepasi sasaran dua pingat emas itu jika diambil kira prestasi dan kemampuan pesilat-pesilat negara ketika ini.

"Saya rasa jika diizinkan Allah dan dipermudahkan laluan kita pada hari pertandingan nanti, kita mampu meraih lebih daripada dua pingat emas. Ini kerana, tahap kita dengan Vietnam dan Indonesia kini tiada bezanya," jelas Mat Noor.

Mat Noor dengan dibantu Hussein Zawawi mengendalikan barisan enam pesilat lelaki dan empat pesilat wanita untuk bertanding dalam acara silat olahraga.

Sementara itu, Nasri Nasir pula menggalas tugas selaku jurulatih bagi silat seni yang akan beraksi dalam dua acara.

"Bagi silat seni, Mohd. Hafiz Arif dan Mohd. Helmi Abd. Aziz akan berganding untuk acara ganda Putera manakala Suzy Sulaiman untuk acara jurus tunggal Puteri.

"Saya harap, salah satu daripada acara ini akan menghasilkan pingat emas," kata Nasri.

Skuad silat negara kini hanya menjalani latihan ringan di MSN setelah mereka berkampung selama 18 hari di Bukit Fraser, Pahang dari 9 hingga 26 November lalu untuk menjalani latihan intensif.

Posted by man@mom at 10:25 AM

http://theseagames.blogspot.com/2009/12/silat-yakin-bangkit.html