Sunday, December 23, 2007

TOKOH - DATO' PERDANA

Oleh: Wan Mohd. Saghir Abdullah dalam ruangan Bicara Agama Utusan Malaysia

Datuk Nik Mahmud - Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan
NAMA lengkapnya ialah Nik Mahmud bin Haji Nik Ismail Qadhi bin Haji Mahmud bin Cik Seman. Beliau meninggal dunia pada 1384 Hijrah/1964 Masihi. Ibunya bernama Wan Aisyah binti Wan Utsman.

GURU-GURUNYA
Ayahnya, Haji Nik Wan Ismail Qadhi bin Haji Nik Wan Mahmud adalah sahabat Syeikh Ahmad al-Fathani. Kedua-duanya adalah ulama besar. Oleh itu Nik Mahmud mendapat pendidikan awal daripada ayahnya sendiri di Kelantan.

Setelah ayahnya wafat pada 1315 Hijrah/1898 Masihi, dalam tahun itu juga ibunya Wan Aisyah membawa Nik Mahmud dan tiga orang anaknya yang lain ke Mekah. Nik Mahmud diserahkan pengurusannya kepada Syeikh Ahmad al-Fathani.

Oleh sebab ilmu-ilmu dalam bidang keislaman yang dipelajari oleh Nik Mahmud daripada ayahnya dipandang sudah memadai, maka al-Fathani hanya mendidik Nik Mahmud dalam bidang-bidang ilmu khusus, terutama ilmu pentadbiran dan siasah, serta diperlengkapkan lagi dengan ilmu pertahanan diri.

Sepanjang pendidikan pengkaderan putera-putera Melayu di Mekah yang dilakukan oleh al-Fathani, tidak ramai yang berbakat dalam ilmu pentadbiran dan siasah. Tetapi yang pasti, tercatat dua orang dari kerajaan Riau-Lingga, iaitu Raja Ali Kelana dan Raja Khalid Haitami (cucu Raja Ali Haji). Mereka yang berasal dari Kelantan pula ialah Nik Mahmud dan Haji Muhammad bin Muhammad Sa'id yang kemudian dikenali memperoleh gelaran Datuk Laksamana.

Hubungan antara Nik Mahmud dengan Muhammad bin Muhammad Sa'id selanjutnya adalah saudara ipar, kerana Nik Mahmud berkahwin dengan Che Aisyah, adik kepada Haji Muhammad bin Muhammad Sa'id.

Walaupun pendidikan di Mekah yang diperoleh Nik Mahmud tidak begitu lama, namun semua guru kepada ulama-ulama yang saya tulis dalam artikel terdahulu juga menjadi guru kepada Nik Mahmud. Selanjut al-Fathani mengirim Nik Mahmud ke Mesir.

Pendidikan khusus untuk Nik Mahmud diberikan oleh al-Fathani di Bukit Jabal Suaidan, Mekah. Pendidikan siasah diberikan dengan menggunakan permainan catur. Sedangkan pendidikan pertahanan diri diberikan di tanah lapang, di tempat yang sama dengan menggunakan pedang, keris dan lainnya.

Untuk memahirkan ilmu pertahanan diri, Nik Mahmud sentiasa membuat latihan di Bukit Jabal Suaidan yang disaksikan sendiri oleh al-Fathani.

Sebelum menceritakan pendidikan Nik Mahmud di Mesir, di sini saya petik satu peristiwa mengenai Nik Mahmud, Tok Kenali dan lain-lainnya bersama guru mereka, al-Fathani dalam perjalanan ke Beirut dan Mesir.

Sewaktu al-Fathani mendapat mandat daripada ulama Mekah ke Beirut dan Mesir untuk menyelesaikan peristiwa khilafiyah antara Sayid Yusuf bin Ismail an-Nabhani (Beirut) dengan Syeikh Muhammad Abduh (Mesir), al-Fathani telah mengajak beberapa orang muridnya menemui kedua-dua ulama tersebut.

Telah menjadi tradisi al-Fathani dan ulama-ulama lainnya, jika akan menyelesaikan masalah-masalah besar, mereka sentiasa bermunajat di tempat-tempat yang makbul. Oleh itu ketika sampai di Tursina, beliau berdoa secara berjamaah. Untuk Nik Mahmud, al-Fathani berdoa, ``minta supaya Allah memberinya kedudukan orang besar di kerajaan Kelantan ... `` Doa di Tursina ternyata dikabulkan Allah, kerana setelah Nik Mahmud kembali ke Kelantan, akhirnya beliau digelar sebagai Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan.

Beberapa pucuk surat al-Fathani di Mekah kepada Nik Mahmud ketika belajar di Mesir sebagai bukti kesungguhan al-Fathani memberikan pendidikan untuk mengangkat martabat bangsa Melayu, sebagaimana pesannya kepada Nik Mahmud, ``Dan mudah-mudahan anakanda meninggikan hemah pada mendapatkan barang yang sayugia mendapatkan dia, bagi seumpama diri anakanda di dalam ini masa, supaya terangkat dengan yang demikian itu oleh nama jenis Melayu, berat dan terhebat dengan dia oleh kerajaannya pada segala hati ajanib (orang asing, pen:). Dan tertamadun dengan dia oleh siasah mereka itu sebagai tamadun yang muafakat dengan syara.'' (Surat bertarikh 19 Rabiulakhir 1324 Hijrah/11 Jun 1906 Masihi).

Surat yang sama maksudnya dengan bahagian yang saya petik ini juga pernah dikirim kepada Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu, dan sultan-sultan dalam negeri Melayu lainnya.

Bukti kesungguhan dan penuh rasa tanggungjawab al-Fathani terhadap Nik Mahmud dapat kita pelajari daripada kalimat beliau, ``Dan tatkala sampai surat anakanda kepada bonda anakanda, daripada kenyataan minta tambah lima junaih itu, maka ia beri kepada Abang Awan Kenali dua junaih sahaja. Maka Abang Awan Kenali pun terima hendak pergi kirim kepada anakanda atas tangan Syeikh Abdul Hamid Kudus. Maka sampai khabar itu kepada ayahanda. Maka ayahanda hentikan dia dahulu. Dan ayahanda suruh akan dia minta tambah biar cukup lima junaih. Kemudian datang bonda anakanda ke rumah ayahanda bermusyawarat pada demikian itu, lalu ayahanda minta daripadanya kirim cukup juga kerana takut kepayahan hendak mengirim ...'' (Surat bertarikh 19 Rabiulakhir 1324 Hijrah/11 Jun 1906 Masihi).

AKTIVITI DI KELANTAN
Nik Mahmud sewaktu bergelar Dato' Bentara Setia, bersama-sama Tok Kenali dan Haji Muhammad bin Haji Muhammad Sa'id, berhasil menubuhkan Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Perisytiharan oleh Sultan Muhammad IV di Istana Balai Besar pada 24 Disember 1915.

Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan berhasil menerbitkan majalah Pengasuh, Tok Kenali sebagai Ketua Pengarang yang pertama. Terbitan pertama 11 Julai 1918. Majalah Pengasuh masih terbit sampai sekarang, bererti majalah inilah majalah Islam di dunia Melayu yang paling lama dapat bertahan.

Nik Mahmud secara rasmi sebagai pentadbir dan diplomat tertinggi Kelantan mulai 29 April 1921, dengan gelar Dato' Perdana Menteri Paduka Raja. Beliau menggantikan Che Hassan bin Mohd. Salleh yang memegang jawatan Dato' Menteri Kelantan yang meninggal dunia pada 22 Januari 1921. Datuk Nik Mahmud meletak jawatan pada 27 Disember 1945, diganti oleh anaknya Nik Ahmad Kamil hingga tahun 1953. Istilah yang digunakan setelah terbentuk Persekutuan Tanah Melayu tidak lagi memakai Perdana Menteri, diganti dengan Menteri Besar.

Sangat banyak aktiviti Datuk Nik Mahmud sewaktu memegang jawatan Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan saya tinggalkan saja, saya berkesimpulan bahawa beliau adalah Perdana Menteri Kelantan/Menteri Besar yang paling terkenal dalam sejarah Kelantan sama ada sebelum atau pun sesudahnya.

KARYA-KARYA
Walau pun Datuk Nik Mahmud merupakan tokoh dan ulama sebagai pentadbir tertinggi di dalam pemerintahan kerajaan negeri Kelantan pada zamannya, namun beliau sempat juga menghasilkan beberapa buah karya. Di antaranya yang sempat diterbitkan ialah:
* Cahaya Purnama Bagi Menerangkan Jalan Ugama. Ia diselesaikan di Kota Bharu, Kelantan pada 1 Syaaban 1336 Hijrah/12 Mei 1918 Masihi. Dicetak oleh Mathba'ah Majlis Ugama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan. Kandungannya membicarakan perkara-perkara fardu ain, dimulai perbicaraan ilmu tauhid dan disudahi mengenai mengerjakan haji.
* Tajuk Kemuliaan. Diselesaikan pada 21 Syaaban 1350 Hijrah/31 Disember 1931 Masihi. Dicetak oleh Majlis Ugama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan dan Mathba'ah Asasiyah, Kelantan, 1350 Hijrah/1932 Masihi. Kandungannya membicarakan akhlak.
* Ringkasan Cetera Kelantan Mengandungi Silsilah Raja-raja Dan Tarikhnya. Diselesaikan pada 8 Ramadan 1351 Hijrah/4 Januari 1933 Masihi. Dicetak oleh Mathba'ah al-Asasiyah Company Kelantan, tanpa dinyatakan tarikh. Kandungannya menceritakan asal usul keturunan raja-raja Kelantan, Patani, raja-raja yang memerintah dari peringkat awal hingga ke zaman pengarangnya (Datuk Nik Mahmud Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan) dan lain-lain. Pada kata Pendahuluan/dinyatakan bahawa sejarah ini disalin daripada tulisan Pak Wan Mahmud, Menteri Besar yang ditulis dalam tahun 1197 Hijrah, diambil daripada perkataan Pak Bedulah (Abdullah). Dinyatakan oleh pengarang bahawa beliau telah membandingkan dengan naskhah yang lain dengan cermat, maka yang diatur ini adalah yang lebih sahnya.
* Perbendaharaan Mustika. Diselesaikan hari Isnin, 2 Jamadilawal 1363 Hijrah. Cetakan pertama Ismailiyah Press, Kota Bharu, Kelantan (tanpa tahun cetak). Dicetak atas kebenaran Nik Mustafa Fadhil (Datuk Seri Amar Diraja) bin Nik Mahmud. Ditandatangani oleh Raja Muda, Yang Dipertua Majlis Ugama Islam, Pejabat Majlis Ugama Islam Kelantan pada tarikh 21 Julai 1946 Masihi. Kandungannya mengupas Al-Asmaul Husna, menghuraikan ilmu hikmah yang diamalkan oleh golongan khas.
* Pati Rahsia. Diselesaikan pada 1 Rejab 1363 Hijrah. Cetakan yang ketiga Haji Daud bin Haji Abu Bakar al-Ahmadi, 3296-B, Jalan Tengku Petra Semerak, Kota Bharu, Kelantan, 1389 Hijrah/1969 Masihi. Dicetak atas perbelanjaan Nik Ahmad Kamil (Datuk Seri Setia Raja) bin Nik Mahmud, dan dicetak atas kebenarannya. Ditandatangani oleh Raja Muda, Yang Dipertua Majlis Ugama Islam, Pejabat Majlis Ugama Islam Kelantan pada tarikh 15 Jun 1946 Masihi, bilangan (3) 136/46. Kandungannya mengupas ilmu hikmah menggunakan berbagai-bagai, isim, wirid, doa, dan lain-lain.

KETURUNANNYA
Di antara anak Datuk Nik Mahmud yang menjadi tokoh atau pembesar sama ada di Malaysia mahupun peringkat antarabangsa ialah Tan Sri Datuk Nik Ahmad Kamil (meninggal dunia 20 Disember 1977). Di antara anak Tan Sri Datuk Nik Ahmad Kamil pula ialah Tan Sri Datuk Nik Ibrahim Kamil, sekarang Pengerusi Southern Investment Bank Berhad, Kuala Lumpur.

Wednesday, December 19, 2007

ANUGERAH-ANUGERAH

Tahun 1987
Saudara Abdullah Mohamed
– Olahragawan Kelantan bagi tahun 1986

Tahun 1988
Saudara Azam Hj. Abas
– Olahragawan Kelantan bagi tahun 1987

Tahun 1989
Saudari Wan Amizah Wan Ahmad
- Olahragawati Kelantan bagi tahun 1988 (Anugerah Khas)

Tahun 1990
Saudari Wan Amizah Wan Ahmad
- Olahragawati Kelantan bagi tahun 1989 (Anugerah Khas)

KEJUARAAN SILAT OLAHRAGA DUNIA (Sedunia Ke-4 Kuala Lumpur, Malaysia 1987)

1. Saudara Azam Hj. Abas (Gangsa)

KEJUARAAN SILAT OLAHRAGA DUNIA (Sedunia Ke-3 Vienna, Austria 1986)

1. Saudara Abdullah Mohamed (Gangsa)

KEJUARAAN SILAT OLAHARAGA SUKAN SEA (Sukan SEA Ke-XVI Manila Filipina 1991)

1. Saudara Shairudin Mohamad Nor (Emas)
2. Saudara Mohd Basri Abd. Rahman (Perak)

KEJUARAAN SILAT OLAHARAGA SUKAN SEA (Sukan SEA Ke-XIV Jakarta Indonesia 1987)

1. Saudara Azam Hj. Abas (Perak)

KEJUARAAN SILAT OLAHRAGA JEMPUTAN SEDUNIA (Terbuka Malaysia 1990)

1. Saudara Shairudin Mohamad Nor (Emas)
2. Saudara Mohd Basri Abd. Rahman (Perak)
3. Saudara Azam Hj. Abas (Perak)
4. Saudari Wan Amizah Wan Ahmad (Gangsa)

KEJUARAAN SILAT OLAHRAGA JEMPUTAN SEDUNIA (Terbuka Singapura 1988)

1. Saudara Mohd Basri Abd. Rahman (Emas)

KEJUARAAN SILAT OLAHRAGA PERINGKAT KEBANGSAAN (Kebangsaan Remaja Pertama Kota Bharu Kelantan 1991)

1. Saudara Mohd Nazir salleh (Emas)
2. Saudara Khairul Anwar Abd Kadir (Emas)
3. Saudari Mahasliza Azha (Emas)
4. Saudara Tuan Sukri Raja Ibrahim (Gangsa)
5. Saudara Halim Ismail & Fauzi Ismail (Bahagian Seni Senjata) - (Gangsa)

KEJUARAAN SILAT OLAHRAGA PERINGKAT KEBANGSAAN (Kebangsaan Keenam Alor Setar Kedah 1991)

1. Saudara Mohd Basri Abd. Rahman (Emas)
2. Saudara Shairudin Mohamad Nor (Emas)
3. Saudara Azam Hj. Abas (Gangsa)
4. Saudara Che Mohammed Che Hassan (Gangsa)
5. Saudara Che Mohammed Zain Che Kob (Gangsa)
6. Saudari Rosmawani Ismail (Gangsa)
7. Saudari Zalina Mat Zin (Gangsa)

KEJUARAAN SILAT OLAHRAGA PERINGKAT KEBANGSAAN (Kebangsaan Kelima Petaling Jaya, Selangor 1990)

1. Saudara Mohd Basri Abd. Rahman (Perak)
2. Saudara Azam Hj. Abas (Perak)
3. Saudara Shairudin Mohamad Nor (Perak)
4. Saudara Che Mohammed Che Hassan (Gangsa)
5. Saudari Wan Amizah Wan Ahmad (Gangsa)

KEJUARAAN SILAT OLAHRAGA PERINGKAT KEBANGSAAN (Kebangsaan Ke-empat Port Dickson, Negeri Sembilan 1988)

1. Saudara Azam Hj. Abas (Emas)
2. Saudari Wan Amizah Wan Ahmad (Emas)
3. Saudara Mohd Basri Abd. Rahman (Perak)
4. Saudara Sezali Said (Perak)
5. Saudara Zulkiflee Hj. Shafie (Gangsa )
6. Puan Noryah Harun (Gangsa)
7. Saudara Shairudin Mohamad Nor & Zakaria Ibrahim (Silat Seni Senjata) - (Perak)

KEJUARAAN SILAT OLAHRAGA PERINGKAT KEBANGSAAN (Kebangsaan Ketiga Kuala Terengganu 1986)

1. Saudara Azam Hj. Abas (Emas)
2. Saudara Zulkiflee Hj. Shafie (Gangsa)

KEJUARAAN SILAT OLAHRAGA PERINGKAT KEBANGSAAN (Kebangsaan Kedua Johor 1985)

1. Saudara Abdullah Mohamed (Emas)
2. Saudara Kamaral zaman Yaacob (Perak)
3. Saudara Zam Ram Ramli (Gangsa)

KEJUARAAN SILAT OLAHRAGA PERINGKAT KEBANGSAAN (Kebangsaan Pertama Kuala Lumpur 1984)

1. Saudara Abdullah Mohamed (Emas)
(dianugerahkan Pesilat Terbaik Kebangsaan Pertama)

PENCAPAIAN - SUKAN MALAYSIA (SUKMA) KUALA LUMPUR 1988

1. Saudara Kamaral Zaman Yaacob (Emas)
2. Saudara Sezali saidPingat (Gangsa)
3. Saudara Ramizu OthmanPingat (Gangsa)
4. Saudara Zulkiflee Hj. ShafiePingat (Gangsa)
5. Saudara Che Mohammed Che HassanPingat (Gangsa)

PERINGKAT GELARAN & BENGKUNG


BIODATA TRAINER (KUALA LUMPUR-UIAM GOMBAK- KUARTER KAKITANGAN KERAJAAN JALAN DUTA)

NAMA:
Shairudin bin Mohamad Nor

INVOLVEMENT IN PSSTEM
Date
: From 1986 until now
: Ex-General Secretary Pertubuhan Seni Silat Terlak Empat

Grade
: Lulus Ujian Peringkat Ke-Lapan Dengan Tali Pinggang Bercalit Merah

ACHIEVEMENT
1. Second Placed,
Pertandingan Silat Seni Kebangsaan at Pork Dickson (1988)

2. Second Placed (Class C),
Kejuaraan Silat Olahraga Kebangsaan at Petaling Jaya (1990)

3. Winner ( Class C),
Kejuaraan Silat Olahraga Kebangsaan at Alar Setar (1991)

4. Winner,
Kejuaraan Silat Olahraga Terbuka Dunia Malaysia (1990)

5. Winner,
16th Sea Games Silat Olahraga Tournament at Manila (1991)

6. Second Placed,
Kejuaraan Silat Olahraga Jemputan Terbuka Dunia at Thailand (1992)

7. Second Placed,
World Open Silat Tournament at Vienna, Austria (1992)

Monday, December 17, 2007

TAFSIRAN LENCANA


BENTUK BULAT
A.
Melambangkan perjuangan berlandaskan nilai-nilai keIslaman
yang sejati di antara keupayaan dan kebulatan hati untuk
mencapai matlamat yang dikehendaki
B. Melambangkan kesedaran di mana mempelajari seni silat ini
ibarat berada di dalam lingkungan bulatan yang tidak akan
berakhir dan menemui penghujungnya
C. Dua bulatan iaitu besar dan kecil melambangkan perubahan
masa di mana matahari dan bulan telah membentuk dua
suasana berbeza di muka bumi iaitu siang dan malam yang
membayangkan hasrat dan cita-cita yang mesti dijayakan

BENTUK-BENTUK PERLAMBANGAN
Bentuk empat segi tepat di dalam dan berbentuk bulat telur di luar tiap-tiap penjuru empat segi adalah melambangkan
A.
Empat langkah asas silat ini yang bergerak di atas empat segi tersebut
B. Adat membuka tapak silat ini bermula dengan Tapak Empat menghadap tiap-tiap penjuru
alam utama iaitu Barat, Utara, Timur dan Selatan
C. Kejadian/kehidupan alam dan manusia di atas empat jisim utama iaitu Tanah, Air, Api dan
Angin
D. Empat peredaran waktu di dalam kehidupan ini iatu Pagi, Tengahari, Petang dan Malam
E. Empat kitab yang Allah turunkan kepada manusia melalui Rasul-RasulNya iaitu Taurat,
Injil, Zabur dan Al-Quran
F. Empat peredaran perjalanan penghidupan manusia iaitu alam Kandungan, Dunia, Kubur
dan Akhirat
G. Perlambangan ‘Kaabah’ yang berbentuk empat segi tepat
H. Bentuk segi empat yang terdapat seandainya dipecahkan akan membentuk sama seperti
silangan diantara segi empat “... “ yang bermaksud huruf “Lam Alif” dalam huruif jawi,
melambangkan nama Allah Yang Maha Perkasa

Keris yang bersilang ditengah-tengah tanpa bersarung melambangkan
A. Keagungan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu
B. Pusaka Bangsa Zaman Berzaman
C. Silangan keris melambangkan hubungan silaturrahim, penyatuan dan semangat
berjuang ketitisan darah terakhir demi Agama dan Negara
D. Tanpa bersarung melambangkan hak bangsa mesti dijaga agar tidak dicerobohi

Warna-warna melambangkan
a.
KUNING :Kesetiaan kepada Agama, Raja dan Negara
b. MERAH :Keberanian, kesungguhan, dan kegigihan dalam mencapai matlamat
yang diperjuangkan
c. PUTIH :Kebersian Rohani dan Jasmani dalam mengembangkan pertubuhan ini ke
tahap yang tinggi melalui semangat waja dan kesabaran murni

GURU UTAMA - Paksu Noor "Mad Noor Rakit"

Mohd Noor bin Mahmood atau Pak Su Noor mula belajar Silat Terlak Empat sejak berumur 11 tahun di bawah Cikgu Mat Yazid, bekas penghulu Kampung Pangkal Kalong. Beliau seterusnya belajar Silat Tari atau Silat Bunga dengan Abang Hassan. Beliau juga tidak ketinggalan mempelajari Tomoi Siam dari Dollah Haji Hitam, Mat Nara dan Dollah Jambu di Tumpat, Kelantan.

Selepas itu, beliau mempelajari Silat Tok Belebat atau kini dikenali sebagai Silat Tok Perpat Panglima Hitam di Bukit Besi, Terengganu, selama dua tahun. Pak Su Noor juga berpeluang mempelajari Silat Cimande serta kebatinan di Indonesia daripada Hadi Saputera.

Diperolehi daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Mohd_Noor_bin_Mahmood"

Sejarah Terlak Empat (ii)

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Silat Terlak Empat adalah nama sejenis silat. Bentuk silat ini telah dibawa ke Kelantan oleh Abu Tamam bin Indera Muda dari Kampung Terlak, Minangkabau, Sumatera Barat. Allahyarham berhijrah dari negara asal ke Brunei dan berakhir di Kg Laut / Sg. Pinang, Kelantan. Allahyarham meninggalkan 2 orang anak di Kelantan:
a. Allahyarham Alimuda bin Abu Tamam / Isteri: Allahyarhamah Salbiah bte Hj. Akib (meninggal di Kota Bharu), dan;
b. Pn Hasnah bte Abu Tamam, yang kini berada di Trengganu.

Beliau telah menurunkan silat ini kepada Harun bin Daud yang berasal dari Kampung Puteh, Kelantan. Harun telah mewariskan silat ini kepada Haji Ismail bin Yusof yang dikenali sebagai Pak Mail Ayer Lanas dan Mohamad Yusof yang dikenali sebagai Pak Mat Ayer Puteh.

Silat ini kemudiannya dipimpin oleh Mohd Noor bin Mahmood atau lebih dikenali sebagai Pak Su Noor. Perguruan silat ini telah didaftarkan pada tahun 1977 dan diberi nama Pertubuhan Seni Silat Terlak Empat sempena nama kampung Pendekar Abu Tamam.

Diperolehi daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Silat_Terlak_Empat"

SALASILAH SENI SILAT TERLAK EMPAT DI MALAYSIA

Silat ini berasal dari sebuah kampung di Minangkabau yang bernama TERLAK di Sumatera Barat. Silat ini di bawa masuk ke negeri Cik Siti Wan Kembang (Kelantan) pada tahun 1920-an oleh Allahyarham bapa Abu Tamam.

Pada waktu itu ramai para pentadbir tanah di Kelantan berasal dari Sumatera Barat dan mereka terdiri daripada penuntut-penuntut silat yang dikagumi pada masa itu.

Setelah silat ini diperturunkan kepada Allahyarham Encik Harun bin Daud (En. Harun Store Keeper), ianya telah berkembang dan mula diminati oleh orang-orang ternama Negeri Kelantan pada masa itu seperti Dato’ Perdana Paduka Raja Kelantan Nik Mahmud, dan termasuklah Allahyarham Mufti Hj. Muhammad Noor b. Hj. Ibrahim dan lain-lainnya.

Semasa dipimpin oleh dua pendekar bersaudara iaitu Encik Ismail Yusoff dan Encik Mohammad Yusoff, silat ini mula mendapat tempat yang luas di kalangan masyarakat di negeri ini sehingga berjaya mengumpul keahlian yang ramai.

Pertubuhan ini telah didaftarkan secara rasmi pada 8 Mei 1977 dengan keahlian berdaftar pada masa itu cuma 30 orang sahaja, tetapi sekarang di bawah Pak Guru Hj. Mohd Noor bin Mahmood PSPPN (PakSu Noor), Silat Terlak Empat telah jauh berkembang dan kini mempunyai keahlian menjangkau 10000 orang yang melibatkan tiga buah negeri di Malaysia iaitu Kelantan, Pahang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Selangor. Minat masyarakat terhadap silat ini bertambah dengan kejayaan beberapa ahli pertubuhan ini dalam silat olahraga di peringkat Negeri, Kebangsaan, Asean dan Dunia. Tambahan pula, dengan pemilihan PakSu Noor sebagai Ketua Jurulatih Silat Olahraga Malaysia (1987-1997) dengan memperkenalkan pelbagai konsep tempur yang terbaru khususnya kombinasi teknik dan kudrat (kekuatan) menghangatkan lagi dunia persilatan di Malaysia.